web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


KSU, KP Perlu Berani Tamat Perkhidmatan Kontraktor Berprestasi Rendah - KSN

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 Nov 2023 6:46PM

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Ketua setiausaha (KSU) dan ketua pengarah (KP) perlu memantau pelaksanaan setiap projek serta berani menamatkan program dan projek tertentu atau perkhidmatan kontraktor berprestasi rendah, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

“Penyeliaan dan pemantauan sesuatu program atau projek hendaklah dilaksanakan dengan berintegriti dan rapi supaya tindakan awal dapat dilaksanakan,” katanya pada majlis Anugerah Pembangunan Negara (APN) 2023 di sini, hari ini.

Dalam teks ucapan dibacakan oleh Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, Mohd Zuki berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menaruh kepercayaan kepada penjawat awam berbanding hanya sekadar bergantung kepada perunding luar.

“Kerana percayakan kita semua para penjawat awamlah, beliau (Anwar) turut mengamanahkan kita untuk melaksanakan projek kecil dan penyelenggaraan di KPM (Kementerian Pendidikan) menerusi pemerkasaan pelaksanaan projek persekutuan di peringkat negeri dan daerah,” katanya.

Bagi Projek Penyelenggaraan Kecil KPM sehingga 31 Oktober lalu, Mohd Zuki berkata, sebanyak 8,109 projek atau 97.1 peratus sudah memperoleh Surat Setuju Terima (SST) berbanding keseluruhan 8,354 projek.

"Projek berstatus siap pula adalah sebanyak 4,764 dengan 3,018 projek dalam pembinaan dan 328 projek digugurkan pelaksanaan.

“Ini menunjukkan komitmen padu daripada semua pihak yang berikhtiar untuk menjayakannya sehingga projek siap pada akhir tahun ini. Sebagai makluman, projek-projek yang memberi impak besar kepada rakyat seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa,” katanya.

Setakat 6 November lalu, Mohd Zuki berkata, berdasarkan prestasi perbelanjaan Rolling Plan 3 (RP3) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), sebanyak 76.84 peratus atau RM74.53 bilion telah dibelanjakan berbanding jumlah peruntukan RM97 bilion melibatkan 8,241 program atau projek.

Untuk memberi gambaran sebenar prestasi perbelanjaan pembangunan di lapangan, beliau berkata, kategori DE Asas menunjukkan perbelanjaan RM32.90 bilion atau 65.70 peratus berbanding jumlah peruntukan sebanyak RM50.08 bilion melibatkan 8,052 program atau projek.

Beliau berkata, purata perbelanjaan pembangunan adalah 65.69 peratus dengan tiga kementerian tertinggi dalam prestasi belanja DE Asas iaitu Kementerian Kewangan, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Kementerian Pengangkutan.

"Masih terdapat beberapa kementerian yang berbelanja kurang daripada 60 peratus. Sehubungan itu, saya menyeru supaya perbelanjaan ini dapat ditingkatkan ke tahap optimum sehingga hujung tahun ini,” katanya.

Pada APN 2023 itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mendapat tempat pertama bagi kategori anugerah pengurusan Industrialised Building System (IBS) terbaik di bawah RM1 bilion. 

Turut menerima anugerah adalah Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bagi kategori anugerah penilaian hasil projek berprestasi tinggi mampan.

APN 2023 adalah platform bagi perkongsian kejayaan dan amalan pengurusan program dan projek terbaik di peringkat kementerian serta agensi kerajaan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Memandu Secara Berbahaya, Kontraktor Didakwa Sebabkan Kematian 2 Beradik

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Penjawat Awam Dinilai Melalui Sistem DEEP Bermula Tahun Ini - KSN

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Sesi Town Hall Perjelas isu Dalam LKAN Dihidup Semula - KSN

4

Semasa 9 bulan yang lalu

PM Beri Kepercayaan Tinggi Kepada Perkhidmatan Awam

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

Semasa 16 jam yang lalu

PM Beri Sumbangan Peribadi Kepada Mangsa Banjir Di Perlis

Semasa 1 hari yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang