web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Motosikal Berkuasa Tinggi Langgar Pembahagi Jalan, Anggota Polis Maut

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 23 Oct 2021 5:33PM

Seorang anggota polis maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggang terbabit nahas di atas jejambat Kilometer 58 Jalan Kuching-Sri Aman, Serian, hari ini.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SERIAN - Seorang anggota polis maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya terbabit dalam nahas di atas jejambat Kilometer 58 Jalan Kuching-Sri Aman, di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, kejadian jam 10.04 pagi itu meragut nyawa Koperal Zairulizan Ismail, 38, beralamat di Kampung Melayu Tebakang, Serian,

Menurut beliau, mangsa maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

“Kemalangan berlaku ketika motosikal Kawasaki Z1000 ditunggang mangsa bergerak dari arah Kuching menuju ke arah Serian,” katanya kepada Getaran di sini hari ini.

Alexson berkata, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan sebaik tiba di tempat kejadian.

“Mangsa terbabas ke tepi dan melanggar konkrit pembahagi jalan,” ujarnya.

Alexson memberitahu, mangsa yang mengalami kecederaan serius di bahagian kepala disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas kesihatan.

“Mayat mangsa dibawa ke hospital Serian untuk tindakan lanjut,” jelasnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Getaran, 23 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia