web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kertas Pandora: Kerajaan Tidak Akan Ganggu Siasatan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 25 Oct 2021 12:48PM

Wan Junaidi berkata SPRM dalam proses mendapatkan maklumat lanjut berhubung pendedahan itu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak akan mengganggu pihak berkuasa sekiranya terdapat laporan terhadap mana-mana pihak atau individu yang memerlukan siasatan lanjut berhubung  pendedahan Kertas Pandora yang didakwa membabitkan fail kewangan sulit beberapa pemimpin negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pada masa ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam proses mendapatkan maklumat lanjut berhubung pendedahan itu serta mengadakan perbincangan dengan agensi lain termasuk Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memastikan koordinasi siasatan berjalan lancar.

“Saya beri jaminan saya akan jemput semua agensi-agensi seperti SPRM, BNM, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial dan pihak lain supaya penyiasatan dilaksanakan.

“Kita juga akan berbincang untuk menentukan tarikh menetapkan jawapan untuk diberikan kepada pihak Parlimen setelah apa juga keputusan didapati daripada penyiasatan itu nanti,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) mengenai kesediaan kerajaan berikutan pendedahan Kertas Pandora dalam memastikan kredibiliti dan integriti pentadbiran negara terpelihara.

Wan Junaidi berkata BNM meningkatkan pemantauan dan perisikan dalam mengesan aktiviti kiriman wang tanpa lesen yang menyasarkan kegiatan itu sama ada aktiviti bersindiket dan operator-operator runcit.

Beliau berkata bagi tempoh 2017 hingga 2020, tindakan penguatkuasaan dipertingkatkan dengan 64 kes telah didakwa di mahkamah melibatkan lebih RM11 juta jumlah denda dan perlucuthakan harta.

Dalam pada itu, jelasnya penggunaan akaun luar pesisir bukanlah suatu kesalahan di bawah undang-undang Malaysia, namun tindakan akan diambil sekiranya terdapat bukti berkaitan salah laku jenayah mana-mana individu atau syarikat.

Katanya, aktiviti penguatkuasaan dan pematuhan transaksi wang ke luar negara adalah tertakluk di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA) dan akta-akta berkaitan yang merangkumi langkah pencegahan terhadap kegiatan pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan, pemindahan dana melalui saluran tidak rasmi dan pengisytiharan mata wang di pintu masuk/keluar negara.

Mengenai cadangan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) supaya pihak terlibat dalam pendedahan Kertas Pandora terutama mereka yang mempunyai jawatan dalam kerajaan untuk memberikan jawapan dalam Dewan Rakyat, Wan Junaidi berkata beliau akan berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai perkara berkenaan.

“Insya-Allah kita akan maklumkan kepada setiap individu yang berkenaan untuk membuat penjelasan, bahkan dibolehkan dalam Parlimen penjelasan peribadi mereka sendiri,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

2

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

4

Semasa 2 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia