web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Larangan Merokok Di Premis Awam Wajar Dilaksanakan - NGO

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Oct 2021 1:31PM

Dr Mohd Afiq berkata, perokok dan pemilik kedai seolah-olah melupakan larangan yang pernah dikuatkuasakan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penguatkuasaan semula larangan merokok di premis makan wajar dilaksanakan bagi membendung penularan wabak COVID-19, selain melindungi orang awam daripada menjadi secondary smoker.

Pengarah Kempen Selangor Bebas Asap Rokok (SELBAR), Dr Mohd Afiq Mohd Nor berkata, perokok dan pemilik kedai seolah-olah melupakan larangan yang pernah dikuatkuasakan sejak kedai makan kembali dibenarkan beroperasi.

“Tindakan Menteri Kesihatan (Khairy Jamaluddin) mengarahkan semula penguatkuasaan ini sangat penting kerana kita agak kesal melihat perokok kembali aktif merokok di tempat makan, disebabkan mereka tahu tiada tindakan.

“Adalah lebih baik jika penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 dilakukan secara bersama dengan larangan merokok di tempat makan,” katanya ketika dihubungi Getaran hari ini.

Beliau yang juga Pakar Perubatan Kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berkata, penambahan jarak tiga meter yang dikuatkuasakan sebelum ini wajar dilaksanakan.

“Ia mampu mencegah penularan wabak COVID-19 di tempat awam. Ada kajian menunjukkan bahawa asap rokok atau vape yang dihembuskan perokok berkemungkinan dan berisiko membawa virus ke udara, jadi jika dapat dijauhkan lagi jarak tiga meter itu adalah lebih baik.

“Tambahan pula kebiasaannya, orang ramai akan membuka pelitup muka mereka ketika berada di kedai makan, jadi lebih baik kita mencegah segala kemungkinan,” katanya. - Getaran, 25 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Kerajaan Tidak Pernah Berhasrat Hapuskan Laluan Parallel - Dr Dzulkefly

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

3

Semasa 11 bulan yang lalu

Larangan Naikkan Sepanduk, Laung Takbir Bukan Pendirian Kerajaan - Menteri

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Mentega Terbang Dilarang Tayang Seluruh Negara

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia