web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Mentega Terbang Dilarang Tayang Seluruh Negara

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2023 9:05PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Larangan tayangan filem Mentega Terbang sudah diwartakan di seluruh negara.

Menurut Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 1 September 2023 itu, perintah berkenaan ditandatangani Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Menjadikan Seksyen 26 Akta Penapisan Filem 2002 sebagai rujukan, perintah berkenaan dikenali sebagai Perintah Penapisan Filem (Larangan) 2023.

Warta yang ditandatangani Saifuddin pada 21 Ogos lalu itu meliputi larangan mempamerkan, pengedaran, pemilikan, penyebaran atau penjualan filem.

“Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Penapisan Filem (Larangan) 2023.

“Menteri melarang penayangan, pempameran, pengedaran, pemilikan, penyebaran atau penjualan filem yang diperihalkan dalam jadual yang bertentangan dengan kepentingan awam di seluruh Malaysia,” kata warta itu.

Warta itu ditandatangani Saifuddin pada 21 Ogos lalu - gambar fail
Warta itu ditandatangani Saifuddin pada 21 Ogos lalu - gambar fail

Katanya, ia turut mencakupi bahan publisiti filem berkenaan.

Pemerhatian Getaran mendapati, jadual dimaksudkan menyenaraikan tajuk filem iaitu Mentega Terbang yang diarahkan Khairil Anwar Jailani dan diterbitkan oleh Anomalist Production serta Meng Kheng Entertainment.

Mentega Terbang, sebuah filem bebas, pertama kali ditayangkan pada 28 November 2021 di Jogja-NETPAC Asian Film Festival 2021.

Mengisahkan konflik keagamaan seorang remaja Islam, Aisyah, ia mengangkat aspek liberal dalam aspek keagamaan, termasuk konsep kelahiran semula.

Ia mencetuskan kontroversi apabila dengan berani menampilkan watak  Aisyah mempersoalkan hukum hakam Islam, termasuk kesediaan bapa Aisyah untuk membenarkan anaknya murtad selepas mengkaji pelbagai kitab agama lain. - Getaran, 13 September 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Lukakan Perasaan Agama Lain, Pengarah Dan Penerbit Mentega Terbang Mengaku Tak Bersalah

2

Semasa 11 bulan yang lalu

Larangan Naikkan Sepanduk, Laung Takbir Bukan Pendirian Kerajaan - Menteri

3

Politik 1 tahun yang lalu

Keputusan, Penyata Pengundian PRN, PRK Kuala Terengganu Sudah Diwartakan - SPR

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Jangan Berpolitik Dalam Masjid Dan Surau, Johor Ulangi Amaran

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki