web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Lukakan Perasaan Agama Lain, Pengarah Dan Penerbit Mentega Terbang Mengaku Tak Bersalah

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jan 2024 1:02PM

Filem Mentega Terbang yang mencetuskan pelbagai kontroversi dihentikan tayangannya oleh platform penstriman VIU pada 27 Februari tahun lalu - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penerbit dan Pengarah filem kontroversi, Mentega Terbang mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Majisret di sini hari ini atas pertuduhan melukakan perasaan agama lain.

Tan Meng Kheng, 37 dan Mohd Khairianwar Jailani, 32 yang juga penulis skrip filem berkenaan masing-masing membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Aina Azahra Arifin serta Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim.

Kedua-duanya jika mengikut pertuduhan didakwa sengaja melukakan perasaan agama lain dengan melafazkan perkataan dalam pendengaran dan meletakkan objek dalam penglihatan pihak lain.

Kedua-dua perbuatan tersebut menurut pertuduhan itu, dilakukan menerusi kapasiti sebagai Penerbit, Pengarah dan Penulis Skrip filem Mentega Terbang.

Mereka didakwa melakukan kesalahan terbabit di premis yang beralamat di Diamond Regency, Jalan Semarak Api 2 di sini, pada jam 12.34 tengah hari, 26 Februari tahun lalu.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara sehingga setahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu Harian Metro melaporkan, Timbalan Pendakwa Raya Abd Malik Ayob dan Nor Azizah Aling menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin.

Keduanya turut dikenakan syarat tambahan iaitu perintah larang suara mengenai inti pati kes sehingga selesai.

Meng Kheng dan Mohd Khairianwar juga diarahkan melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan, manakala pasport antarabangsa milik mereka diserahkan kepada mahkamah.

Bagaimanapun selepas mendengar hujah pembela, jaminan Meng Kheng ditetapkan pada RM6,500 manakala Khairianwar ditetapkan pada RM6,000. - Getaran, 17 Januari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 18 jam yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

2

Semasa 3 hari yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

3

Semasa 4 hari yang lalu

Alif Teega, Aisyah Hijanah Didakwa Salah Guna Wang Infak Lebih RM1.52 Juta

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki