web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Jangan Berpolitik Dalam Masjid Dan Surau, Johor Ulangi Amaran

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Aug 2023 8:52PM

Mohd Fared Mohd Khalid - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATU PAHAT - Kerajaan Johor hari mengulangi peringatan mengenai larangan mengadakan aktiviti politik dalam program pengimarahan masjid dan surau di negeri ini susulan Pilihan Raya Kecil Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata larangan berkenaan termasuk berucap dan menyampaikan sumbangan yang dilakukan oleh ahli politik di kedua-dua lokasi berkenaan.

Bagaimanapun, katanya hanya Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dibenarkan berucap dan menyampaikan bantuan di dalam masjid dan surau.

“Mana-mana orang yang beragama Islam boleh melibatkan diri dalam program mengimarahkan masjid dan surau, namun tertakluk dengan garis panduan dengan tidak dibenarkan sama sekali menyampaikan ucapan, menyempurnakan perasmian atau pelancaran program serta menyampaikan ceramah, tazkirah atau seumpamanya kecuali mempunyai tauliah selain mematuhi etika pemakaian.

“Program yang dianjurkan bukanlah berbentuk politik, tidak mempunyai lambang, logo, bendera dan apa-apa simbol yang mengandungi politik kepartian. Turut dilarang menghina mana-mana kaum serta perlu menjaga batas pergaulan lelaki dan wanita,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Jelas Mohd Fared lagi, mengenai agihan bantuan dan sumbangan pula ia merangkumi untuk kerja pembinaan dan baik pulih, sumbangan bekalan dan kebajikan ahli kariah masjid serta surau.

Beliau berkata acara yang melibatkan bantuan atau sumbangan seboleh mungkin diadakan di kawasan luar masjid dan surau seperti dewan serba guna, dataran dan padang.

“Sumbangan dan bantuan ini dibenarkan disalurkan ke dalam akaun masjid atau surau. Jika berbentuk barangan untuk kerja pembinaan atau baik pulih tidak dibenar meletakkan dan menggantung bendera, logo, sepanduk atau simbol politik termasuk pakaian ketika acara pengagihan.

“Orang perseorangan atau penganjur yang tidak patuh atau bersubahat boleh dikenakan tindakan undang-undang berdasarkan Seksyen 9 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya.

Menurutnya sebarang pelanggaran pada garis panduan itu hendaklah diadukan ke pejabat kadi daerah. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pegawai Polis, 3 Anggota Ditahan Bantu Siasatan Kes Pemerasan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Apartment Jadi Pusat Pembungkusan, Dadah Bernilai Hampir RM900,000 Dirampas

4

Semasa 1 bulan yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki