web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ganabatirau Wajar Minta Maaf - CUEPACS

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Oct 2021 5:58PM

Ganabatirau Veraman - Gambar dari Facebook Ganabatirau Veraman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Kota Kemuning, Ganabatirau Veraman memaki hamun dan menengking penjawat awam dalam satu kejadian baru-baru ini, dianggap sangat tidak profesional dan keterlaluan.

Dilihat sebagai mahu menunjuk ‘hero’, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS),  berkata, ia seolah-olah merendahkan penjawat awam yang sedang bertugas, tambahan kakitangan berkenaan tidak diberi peluang untuk membuat penjelasan.

Adnan Mat - Gambar fail
Adnan Mat - Gambar fail

Menurut beliau, CUEPACS terkilan dengan tindakan itu, apatah lagi video yang tular tersebut dimuat naik beliau sendiri tanpa diketahui niat atau tujuan.

“Sebagai anggota pentadbiran yang turut terbabit dalam urusan kerajaan negeri, beliau (Ganabatirau) sewajarnya menyelesaikan permasalahan yang timbul menerusi rundingan secara terus dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri.

“Tindakan menularkan video tersebut seolah-olah mahu menunjukkan diri beliau sebagai seorang ‘hero’ dengan meletakkan semua kesalahan kepada penjawat awam tanpa memberi peluang petugas JPS itu membuat penjelasan,” katanya di sini hari ini.

Video tular di media sosial itu memaparkan Ganabatirau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan, Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin Selangor memaki hamun kakitangan JPS.

Beliau dipercayai bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dengan isu banjir di Taman Sri Muda, Selangor.

Adnan berkata, ADUN terbabit sewajarnya menggunakan saluran betul dalam menyuarakan pandangan atau masalah, bukan membuat serangan secara terbuka di lapangan serta media sosial.

CUEPACS katanya, percaya Ganabatirau mempunyai akses untuk bertemu dengan JPS Negeri dan Exco lain yang bertanggungjawab dalam permasalahan terbabit.

“CUEPACS mendesak ADUN Kota Kemuning itu membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua penjawat awam, terutama kakitangan JPS terlibat.

“CUEPACS juga mahu Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari masuk campur dalam perkara ini supaya tindakan sama tidak berulang pada masa akan datang,” katanya.

Mengulas lanjut Adnan berkata, tidak wajar anggota pentadbiran kerajaan negeri bertindak menyerang penjawat awam kerana perkara itu ibarat menuding jari untuk meletakkan kesalahan terhadap orang lain, tetapi pada masa sama, sebenarnya masalah berkenaan turut membabitkan diri mereka sendiri.

Jelasnya, penjawat awam serta anggota pentadbiran kerajaan negeri seharusnya bekerjasama dengan baik bagi menyelesaikan permasalahan rakyat dan bukannya bertindak menyalahkan antara satu sama lain.

“Sebagai kakitangan awam, setiap penjawat awam sudah diberi latihan mencukupi untuk berhadapan dengan apa jua keadaan dan memiliki tahap profesionalisme tinggi.

“Kakitangan awam juga sentiasa mematuhi arahan kerajaan walau parti mana memerintah kerana keutamaan petugas ini adalah melaksanakan tugas sebaik mungkin demi kebaikan rakyat dan negara. CUEPACS menyeru agar mana-mana pihak tidak lagi menghina dan memperkecilkan peranan penjawat awam,” katanya. – Getaran, 25 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Insiden Selisih Faham Di Taiping, Polis Minta Saksi Tampil Bantu Siasatan

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Buat Aduan Ke MCMC Jika Gambar, Video Anak Dimuat Naik Tanpa Kebenaran

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Polis Siasat Insiden Tular Pukul Anjing

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia