web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Salah Laku Tadbir, Hanya Satu GLC Pahang Terlibat - MB

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 26 Oct 2021 5:29PM

Wan Rosdy Wan Ismail - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN – Hanya satu anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Pahang dikesan terbabit dalam salah laku membabitkan tadbir urus hingga mengalami kerugian puluhan juta ringgit.

Perkara itu disahkan selepas audit forensik dilakukan terhadap GLC terbabit atas arahan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Wan Rosdy berkata, tindakan menjalankan audit forensik adalah perkara biasa jika kerajaan negeri mendapati berlaku ketirisan yang tidak wajar berdasarkan perolehan GLC terbabit.

“Ada satu GLC yang saya terpaksa arahkan audit forensik selepas mendapati aktiviti berjalan, perniagaan berjalan tetapi (merekodkan) kerugian berpuluh-puluh juta.

“Saya merasakan seolah-olah ada (benda) tidak betul dan apabila kita mengadakan audit forensik, kesannya kita dapat tahu dan mereka pun (pihak pengurusan GLC terbabit) ada yang meletakkan jawatan serta-merta, kita tidak mahu perkara seperti ini terus berlaku sebab yang ruginya kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Penyampaian Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2020 Peringkat Pahang di Kompleks Yayasan Pahang, di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak.

Ditanya mengenai sama ada terdapat GLC Pahang yang berada dalam red list susulan tindakan diambil sebelum ini, Wan Rosdy berkata, secara keseluruhannya semua anak syarikat kerajaan negeri diuruskan dengan baik dan terkawal.

“Saya tidak kata semuanya ok, tapi semuanya bertambah baik dan terkawal. Tidak ada yang berada dalam list pemerhatian dan saya boleh katakan ok kerana angka tidak pernah berbohong.

“Macam tahun 2019, sejumlah RM19 juta keuntungan dicatatkan GLC diserahkan kepada kerajaan dan jumlahnya meningkat kepada lebih RM20 juta tahun lalu,” katanya.

Menurut Wan Rosdy, GLC Pahang untuk tahun ini dapat menyumbang RM52 juta kepada kerajaan negeri, maknanya boleh dikatakan cemerlang, tapi kita jangan pula berada dalam zon selesa,” katanya.

Beliau memberitahu, kerajaan Pahang optimis dapat merekodkan perolehan RM1 bilion pendapatan kerajaan negeri tahun hadapan.

Katanya, kadar ketirisan perolehan dan isu membabitkan tadbir urus kerajaan Pahang sudah dapat diatasi secara konsisten sejak beliau memegang jawatan sebagai Menteri Besar.

“Ketika saya mula dilantik sebagai Menteri Besar Pahang pada tahun 2018, kerajaan negeri mencatatkan kutipan hasil lebih RM600 juta dan tahun 2019 pula sebanyak RM700 juta dikutip.

“Peningkatan hasil (kutipan) tahun lalu berjumlah RM800 juta dan saya sudah maklumkan kepada Datuk SS (Sallehuddin Ishak), sasarkan (kutipan hasil) tahun hadapan ialah RM 1 bilion dan apabila jumlah kutipan ini meningkat, yang dapat manfaat ialah rakyat, kita akan kembalikan semula kepada rakyat dalam pelbagai bentuk bantuan,” katanya. – Getaran, 26 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Op Global: 171 Ditahan Bantu Siasatan Eksploitasi Kanak-kanak, 402 Mangsa Diselamatkan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Rampas Peralatan Darjah Kebesaran Palsu Daripada Pengarah Syarikat Telekomunikasi

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Tiada Kegiatan Hidupkan Semula Ajaran Ayah Pin Dikesan Di Pahang

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia