web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pegawai Perhutanan, Suami, Mengaku Tak Bersalah Terima Rasuah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 26 Oct 2021 6:09PM

Singah @ Mohd Ngah Landi (kiri) dan Asmawati Ariffin (kanan)

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Seorang pegawai Jabatan Perhutanan Negeri Sabah dan suaminya mengaku tidak bersalah atas pertuduhan salah guna kuasa dan menerima rasuah di Mahkamah Khas Rasuah, di sini, hari ini.

Tertuduh, Asmawati Ariffin, 51, berdepan tiga pertuduhan menggunakan kuasanya sebagai Ketua Pentadbiran dan Kewangan Jabatan Perhutanan Cawangan Semporna untuk mendapatkan suapan berkaitan projek bernilai RM149,280.

Berdasarkan pertuduhan, Asmawati didakwa memilih syarikat milik anak saudaranya untuk melaksanakan kerja membina dan membaik pulih Pejabat Perhutanan Daerah Semporna antara 19 Januari 2016 hingga 27 Januari 2021.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.

Sementara itu, Singah @ Mohd Ngah Landi, 53, berdepan dua pertuduhan membantu Asmawati yang juga isterinya mendapatkan suapan, dengan memilih syarikat milik keluarga mereka, pada 4 Januari 2016 hingga 27 Januari 2021 bernilai RM99,360.

Sehubungan itu, Singah didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 27(1)(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 dibaca bersama Seksyen 23(1) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta yang sama.

Hakim Abu Bakar Manat kemudian membenarkan Asmawati diikat jamin sebanyak RM10,000 berserta deposit RM3,000 dengan seorang penjamin, manakala Singah dikenakan ikat jamin RM15,000 dan deposit RM5,000, juga dengan seorang penjamin.

Pasangan itu juga diarahkan melaporkan diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhampiran setiap dua bulan.

Mereka turut diarahkan menyerahkan pasport kepada mahkamah dan dilarang mendekati saksi.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Dzulkarnain Rousan Hasbi manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Kes akan disebut semula pada 7 Disember depan. – Getaran, 26 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Semasa 2 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia