web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dadah RM39.36 Juta Dilupus Esok - Azmi 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2021 8:51PM

Azmi Abu Kassim (kanan) menunjukkan gambar barang kes dadah yang akan dilupuskan selepas sidang media berkenaan pelupusan kertas siasatan dan barang kes dadah di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Kuala Lumpur akan melupuskan pelbagai jenis dadah yang dirampas pada tahun 2008 sehingga tahun lalu berjumlah RM39.36 juta, esok.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, dadah berkenaan merupakan hasil rampasan di seluruh daerah dalam wilayah yang selesai menjalani proses mahkamah, manakala tempoh rayuan hukuman dikenakan ke atas pesalah kes terbabit pula telah tamat.

“Antara dadah yang dijadualkan akan dilupuskan esok adalah metafetamin  seberat 237kg bernilai RM23.7 juta, kanabis (179kg) bernilai RM8.96 dan heroin (55kg) bernilai RM1.95 juta.

“Turut akan dilupuskan ialah 13,935 kertas siasatan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Penagih Dadah 1983 dari tahun 1982 hingga 2015 yang telah selesai,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Mengulas lanjut Azmi berkata, pelupusan kertas siasatan dilaksanakan mengikut Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN A402) (Pelupusan Fail/Rekod) manakala pelupusan barang kes dadah dilaksanakan selaras peruntukan PTKPN D207 (Pelupusan Barang Kes).

“Bagi memenuhi kehendak piawaian alam sekitar pula, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) menggunakan khidmat dan kepakaran syarikat Kualiti Alam Sdn. Bhd. berdasarkan kewibawaan dan pengalaman mereka dalam industri pengurusan sisa.

“Pelupusan akan dijalankan di fasiliti syarikat berkenaan di Ladang Tanaherah A3 DIvision, Bukit Pelandok di Negeri Sembilan,”katanya.

Dalam pada itu, Azmi berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Nakotik (JSJN) Kuala Lumpur mencatatkan penurunan kes dadah dalam tempoh tiga tahun sejak 2019 hingga 24 Oktober lalu.

Namun, beliau menegaskan, pihaknya akan terus berusaha memerangi kegiatan penyalahgunaan dadah secara berterusan, dengan harapan dapat membersihkan ibu negara daripada bahan terlarang itu.

“Pada 2019, sebanyak 12,949 kes narkotik telah disiasat dengan 16,949 tangkapan dan rampasan hampir RM29 juta, manakala pada tahun 2020, jumlah kes menurun kepada 9,048 dengan 11,224 tangkapan namun nilai rampasan meningkat kepada RM149 juta.

“Sepanjang tahun 2021 sehingga 24 Oktober lalu pula, JSJN Kuala Lumpur  merekodkan 7,776 kes dengan 9,732 tangkapan dan rampasan dadah bernilai RM49 juta,” katanya. – Getaran, 26 Oktober 2021.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka