web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mangsa Gangguan Seksual Sukar Bersuara, Emosi Terganggu - Pakar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2021 7:57AM

Pandelela bersuara mengenai pengalaman buruk itu bagi memberi kesedaran orang awam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas ‘jenaka rogol’ menerusi program Rumah No.107 tular di media sosial, ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong mengejutkan ramai apabila mendedahkan dia pernah menjadi mangsa perbuatan tidak bermoral itu.

Hanya selepas bertahun-tahun lamanya, barulah pemenang pingat gangsa di Sukan Olimpik London 2012 itu berani berkongsi kisah gangguan seksual membabitkan bekas jurulatihnya.

Pandelela berkata, dia bersuara mengenai pengalaman buruk itu bagi memberi kesedaran orang awam, selain sebagai sokongan kepada mangsa yang pernah melalui detik sedemikian.

Pakar Psikologi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Fauziah Mohd Saad berkata, bukan mudah untuk mangsa gangguan seksual menceritakan detik hitam berkenaan.

Dr Fauziah Mohd Saad
Dr Fauziah Mohd Saad

“Mungkin waktu tu tahap keyakinan diri dia rendah, lagipun pelaku orang terdekat. Jadi dia ada perasaan takut nak luahkan perasaan.

“Dia juga mungkin takut dapat ancaman sebab kes ini melibatkan orang yang berpengaruh, tambahan dia tinggal berjauhan dengan keluarga, sokongan utamanya ketika itu,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Mengakui ramai masyarakat memandang remeh perkara ini, Fauziah menegaskan, pengalaman buruk itu boleh memberi kesan jangka panjang kepada emosi mangsa.

“Jika kesan serius boleh mengganggu kehidupan sosial dia. Bukan itu sahaja, mangsa boleh jadi trauma dan mengalami kemurungan teruk.

“Dia juga mungkin tak percaya dengan orang disekelilingnya. Akibatnya timbullah masalah kesihatan mental lain yang boleh mendatangkan kemudaratan jika tidak dirawat,” katanya.

Begitupun, Fauziah menggesa mangsa supaya meluahkan perasaan mereka kepada individu yang dipercayai, untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

“Mangsa amat memerlukan sokongan dan sokongan paling kuat adalah keluarga dan rakan-rakan rapat. Jadi cari kawan terdekat untuk meluahkan perasaan yang terpendam.

“Kalau dia takut sekurang-kurangnya dengan sokongan keluarga dan rakan-rakan mungkin dia ada kekuatan untuk membuat laporan polis atau menghubungi pihak bertanggungjawab,” katanya.

Fauziah turut menasihati mangsa supaya jangan takut membuat laporan polis mengenai kes gangguan seksual yang dilalui mereka.

“Sebenarnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) ada Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-kanak. Ramai tak tahu sebab tak expose sangat.

“Jadi saya harap bahagian itu aktif bagi awareness kepada mangsa agar mereka berani buat laporan polis dan keselamatan mereka lebih terjamin,” katanya.

Malah beliau berkata, pihaknya sedia membantu atlet kelahiran Sarawak itu sekiranya dia masih lagi trauma dengan insiden tersebut.

Past is past tapi kita boleh ubah apa yang akan datang. Sekiranya mangsa mengalami kemurungan dan trauma berpanjangan, dia wajar mendapatkan rawatan daripada kaunselor.

“Kalau tak dirawat kesan masa lalu itu boleh mengganggu fungsi kehidupan mangsa pada masa sekarang. Jadi saya nasihatkan mangsa supaya dapatkan rawatan atau intervensi yang bersesuaian,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA), Profesor Datuk Dr Andrew Mohanraj berkata, banyak faktor perlu diambil kira mangsa untuk mendedahkan insiden gangguan seksual yang dilalui.

Dr Andrew Mohanraj
Dr Andrew Mohanraj

“Ia termasuk kesediaan dari segi mental untuk mendedahkan peristiwa trauma yang berlaku selain mengambil kira ketakutan dengan tahap keselamatan mereka.

“Mangsa juga mungkin ada rasa segan atau malu untuk berkongsi masalah itu dengan keluarga atau kawan-kawan,” katanya yang juga seorang perunding psikiatri.

Kelmarin, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu juga seakan ‘tertanya-tanya’ dengan tindakan Pandelela yang baru sekarang mendedahkan perkara tidak bermoral itu, selepas kira-kira tujuh tahun isu itu berlaku.

Pandelela dalam ciapan susulan selepas itu, berkata: “Masih menyokong penuh #rapejokeisnotfunny, harap dapat mendorong yang akan datang menjadi berani ketika saya tidak begitu.” - Getaran, 27 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Saksi Nafi Taruh Hati Pada Ebit Lew 

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Siasatan Gangguan Seksual Terhadap Wartawan Wanita Di Peringkat Akhir

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Gangguan Seksual Oleh Petugas Kempen: Saifuddin Jamin Siasatan Telus

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Dituduh Buat Gangguan Seksual, Qawiy Dicabar Sumpah Laknat Jika Benar Ia Fitnah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia