web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Demokrasi Ada Batas, Rakyat Perlu Akur Larangan - Penganalisis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2021 2:53PM

Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan larangan bagi sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya termasuk penganjuran majlis pelancaran jentera pilihan raya hingga 27 November ini.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, larangan itu terpakai bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijadualkan pada 20 November ini termasuk kempen rumah ke rumah dan ceramah politik.

Beliau berkata, larangan itu dikeluarkan bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19 dan peningkatan kes mendadak, selari dengan senarai aktiviti yang tidak dibenarkan (senarai negatif) dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 yang terkini.

Namun larangan itu disifatkan penganalisis politik, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi akan memberi kesan dan merosakkan sistem demokrasi negara.

Beliau berkata, larangan tersebut akan menamatkan kebanyakan bentuk kempen fizikal atau bersemuka, sekali gus bertentangan dengan semangat demokrasi dan pilihan raya yang sebenar.

Kenyataan Dr Awang berhubung larangan itu bagaimanapun mendapat perhatian Khairy di Twitter yang memilih untuk tetap mempertahankan pendirian KKM mengenai perkara itu.

“COVID-19 tidak sihat untuk manusia, kata @KKMPutrajaya,” ciapnya di Twitter.

Komen Khairy turut mendapat perhatian warganet yang rata-rata menyokong larangan yang dikeluarkan itu.

“Kami menyokong 100 peratus YB. Nyawa rakyat lebih utama dan penting berbanding PRN. Beruk-beruk berebut kuasa jangan nak bahayakan nyawa rakyat. Terbaiklah YBMK,” kata Lyn.

“Adalah lebih baik dengan cara ini, Tuan. Mari kita memberi peluang kepada rakyat untuk membuat keputusan mengenai wakil mereka yang baharu berdasarkan prestasi semasa tempoh terakhir khidmat mereka. Jangan buang masa dengar janji-janji kosong,” kata Iziza.

Mengakui larangan itu memang memberi kesan kepada demokrasi, Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Jamaie Hamil bagaimanapun berkata, demokrasi ada batasnya dengan mengambil kira situasi ancaman COVID-19 ketika ini.

Dr Jamaie Hamil
Dr Jamaie Hamil

“Larangan itu memang memberi kesan kerana demokrasi dianggap satu kebebasan kepada rakyat untuk menyuarakan pendapat, mencari sokongan dan untuk mendapatkan dokongan.

“Tapi demokrasi itu juga tidaklah bebas sebagaimana yang difahami orang umum kerana ia ada batasnya. Demokrasi itu kita lihat kepada keadaan dan situasi.

“Kalau keadaan tak mengizinkan seperti sekarang, saya fikir kalaupun demokrasi itu dianggap tercalar dan tercemar, ada sebab yang paling kukuh iaitu penyakit berjangkit,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Malah kata beliau lagi, rakyat seharusnya menghormati larangan tersebut yang dikuatkuasakan demi kesejahteraan dan keselamatan mereka.

“Penyakit berjangkit ini bukan sahaja berlaku di Melaka dan Malaysia tapi di seluruh dunia dan kesannya sangat besar. Jutaan sudah mati, kemudian yang dijangkiti sudah puluhan malah mencecah ratusan juta.

“Demokrasi ada batas. Batas itu harus diakuri oleh rakyat kerana bukan semata-mata ianya hendak dibataskan dengan suka-suka tapi atas sebab yang kukuh,” katanya.

Walaupun larangan itu terpakai untuk PRN Melaka, Jamaie berkata penggunaan media sosial adalah pendekatan terbaik dan selamat digunakan ketika ini.

“Sebagaimana berlaku pada beberapa Pilihan Raya Umum (PRU) pada 2013 dan 2018,  kita dapati medium yang berkesan adalah media sosial. Itu lebih cepat kepada sasaran dan media sosial ini sebenarnya dalam PRU-14 dahulu sangat berkesan.

“Jadi itu cara yang terbaik untuk dilakukan. Bukan sahaja selamat kepada orang berkempen tapi selamat bagi orang yang nak mendengar ceramah kempen,” katanya.

Pada masa sama, beliau tidak menolak mungkin berlaku pelanggaran oleh mana-mana pihak sepanjang tempoh PRN Melaka nanti.

“Saya fikir kalaupun peraturan itu telah dinyatakan tapi pelanggaran itu tidak boleh dielakkan. Mungkin berlaku pelanggaran terhadap larangan itu kerana jentera-jentera parti dari seluruh negeri akan turun ke Melaka. Keadaan pasti sukar dikawal.

“Jadi bagaimana nak dijaga supaya tidak berlaku pelanggaran itu? Itu merupakan satu perkara yang harus difikirkan. Maksudnya cara paling baik menggunakan media sosial. Jentera parti sudah boleh berfikir untuk berkempen melalui media sosial,” katanya.

Sementara itu, Jamaie berkata situasi politik semasa di Melaka sedikit sebanyak akan mempengaruhi pengundi di negeri itu.

“Saya nampak kemungkinan besar peratus keluar mengundi akan berkurang. Akan berlaku mereka tak turun mengundi kerana mereka sudah muak dengan tindakan pemimpin-pemimpin ini. Undi protes juga akan berlaku tapi jumlahnya mungkin tak besar.

“Dalam keadaan sekarang rakyat hanya tumpu soal nak bina ekonomi mereka berbanding pergi mengundi nak menangkan siapa-siapa. Mungkin kalau menang nanti mungkin pemimpin akan buat hal lagi. Mereka dah serik,” katanya.

Jelas beliau lagi, ancaman COVID-19 yang masih belum reda turut akan menyebabkan jumlah keluar mengundi pada PRN Melaka nanti menjadi lebih rendah.

“Mungkin ada yang takut nak keluar mengundi kerana COVID-19. Mereka merasakan keadaan sekarang masih belum selamat.

“Ada kalanya kes turun dan kadang kala naik. Itu mungkin antara satu faktor yang akan mempengaruhi jumlah keluar mengundi nanti,” katanya. - Getaran, 27 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Bayi 8 Bulan Maut: Taska Ditutup Serta Merta

3

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Nenggiri: Pengundian Tamat 6 Petang, Penjumlahan Undi Bermula

4

Semasa 3 bulan yang lalu

2 Beradik Maut, Ibu Kritikal Bilik Sewa Terbakar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia