web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kedah Mohon Nilai Pajakan P. Pinang Dinaikkan Ke RM100 Juta Setahun

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2021 6:42PM

Muhammad Sanusi jumlah yang diminta adalah munasabah bersandarkan nilaian semasa pajakan pada hari ini.  

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah mengharapkan Kerajaan Persekutuan untuk mempertimbangkan permintaan bagi mendapatkan peruntukan berjumlah RM100 juta setahun terhadap tuntutan royalti pajakan Pulau Pinang dalam Bajet 2022 yang akan dibentangkan pada Jumaat ini.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, jumlah itu dianggap sesuatu yang munasabah bersandarkan nilaian semasa pajakan pada hari ini.  

Menurutnya, jumlah RM100 juta itu bukanlah satu jumlah yang terlalu besar untuk ditunaikan kerajaan Persekutuan memandangkan Pulau Pinang juga pada masa ini turut menghasilkan pendapatan besar kepada negara.

“Kalau kita minta Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta buat penilaian spesifik terhadap pajakan ke atas Pulau Pinang dan Seberang Perai, nilainya mungkin boleh capai RM400 atau RM500 juta pada hari ini sedangkan kita cuma minta RM100 juta.

“Nilai RM100 juta itu agak kecil untuk kerajaan Persekutuan tetapi besar nilainya kepada kita. Itu antara perkara yang kita pohon kerajaan Persekutuan pertimbangkan dalam pembentangan Bajet 2022 kali ini dan perkara itu telah dinyatakan kepada Kementerian Kewangan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman, dekat sini hari ini.

Sebelum ini kerajaan negeri hanya menerima royalti berjumlah RM10,000 setahun namun kerajaan Persekutuan pimpinan Pakatan Harapan (PH) diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri, memulakan pemberian sumbangan khas berjumlah RM10 juta setahun kepada Kedah pada 2018.

Dalam jawapannya di sidang Parlimen, Menteri Kewangan ketika itu, Lim Guan Eng memaklumkan, pemberian sumbangan khas tersebut sama sekali tidak menjejaskan pembayaran royalti kepada kerajaan negeri sekali gus membolehkan Kedah menerima peruntukan berjumlah RM10,010,000 setahun.

Muhammad Sanusi berkata, adalah tidak munasabah untuk bayaran royalti pada ketika ini kekal pada kadar RM10,000 dengan sejarah juga membuktikan bahawa nilai itu sebenarnya jauh lebih rendah daripada apa yang sepatutnya diterima Kedah.

“Pajakan ini dibayar sejak 1786 dengan mengikut perjanjian, nilainya adalah 10,000 dollar Sepanyol. Jumlah itu sepatutnya cukup besar kerana pada masa itu, mata wang Sepanyol juga lebih dominan berbanding Dollar Amerika Syarikat.

“Tetapi selepas Merdeka, pembayaran pajakan itu diambil dalam nilai Ringgit Malaysia (RM) pula. Jadi bagi kita, tak munasabah sama sekali nilai pada 1786 itu dibawa ke 2021 seperti sekarang ini,” katanya.

Tambahnya, beliau dimaklumkan Sultan Kedah juga sebelum ini telah beberapa kali membangkitkan mengenai hal itu dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu selain telah membekalkan beberapa dokumen berkaitan pajakan tanah tersebut kepada kerajaan Persekutuan.

“Selepas perkara itu dibangkitkan Sultan Kedah, akhirnya pada 2018 kita diberi sumbangan khas berjumlah RM10 juta setahun.

“Kini kita minta supaya Kerajaan Persekutuan dapat mempertimbangkan permintaan Kedah untuk mendapatkan bayaran RM100 juta ini. Janganlah pula ada pihak yang marah kerana ini cuma satu permintaan dan Kedah juga tidak terlalu ‘rigid’ dalam membuat permintaan memandangkan nilai semasa pajakan Pulau Pinang ketika ini jauh lebih tinggi,” katanya. - Getaran, 27 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Pegawai Kastam Tertembak Diri Sendiri Ketika Mahu Cuba Pistol Rakan

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kerajaan Negeri Tiada Kaitan Cadangan MoF Lelong Perkampungan Tok Senik

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Harga Lembu Korban Di Kedah Kekal Antara RM750-RM800 1 Bahagian

4

Kisah Kita 3 minggu yang lalu

Dulu Hantar Anak Ke Pejabat Agama, Kini Ibu Ayah Terbuka Hati Peluk Islam

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

Semasa 19 jam yang lalu

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

Semasa 8 jam yang lalu

Akademi Air Asia Lalui Penjenamaan Semula, Perkasa Kemahiran Dan Bakat Individu

oleh Diyana Nawwar

Semasa 4 jam yang lalu

Laporan Ketua Audit: KESUMA Buat Laporan SPRM

oleh Diyana Nawwar