web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gara-Gara Pandang Memandang, 2 Lelaki Cedera Dibelasah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2021 6:29PM

2 lelaki cedera akibat dibelasah dalam satu pergaduhan di sebuah pusat hiburan di Cyber City, pada 20 Oktober lalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Dua lelaki cedera selepas dibelasah lapan lelaki dalam satu kejadian pergaduhan di sebuah pusat hiburan di Cyber City, 20 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Zaidi Abdullah berkata kejadian yang berlaku sekitar jam 3 pagi itu dipercayai berpunca daripada dua-dua pihak yang mabuk dan saling pandang- memandang ketika di dalam pusat hiburan berkenaan.

Mohd Zaidi berkata, pergaduhan berlaku di luar pusat hiburan itu apabila lapan suspek bertindak menarik seorang mangsa dan mula membelasahnya.

Rakan mangsa yang menyedari kejadian itu cuba membantu, namun turut dibelasah oleh kumpulan berkenaan.

“Kedua-dua mangsa kemudiannya dibantu oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian. Seorang lagi suspek didakwa menjerit kepada mangsa untuk mencari 'Faizal' di Sinsuran 4 sebelum melarikan diri bersama rakan-rakannya menggunakan Proton Saga warna kelabu," katanya, di sini hari ini.

Menurut Mohd Zaidi, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa yang berusia 19 tahun itu dibelasah menggunakan topi keledar dan kepala tali pinggang.

Kedua-dua mangsa bagaimanapun katanya tidak mengalami kecederaan serius dan mendapatkan rawatan di Hospital Queen Elizabeth II.

Jelas Mohd Zaidi, susulan daripada kejadian tersebut, seorang lelaki yang dipercayai terlibat telah ditahan pada 27 Oktober lalu di Api-Api Centre bagi membantu siasatan.

Katanya, usaha mengesan tujuh lagi suspek sedang giat dijalankan dan siasatan masih diteruskan bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

Kes berkenaan, tambahnya, disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

“Pemeriksaan telah dijalankan ke atas premis hiburan berkenaan, sehari selepas kejadian.

“Dalam pemeriksaan itu, 10 kompaun telah dikeluarkan kepada pelanggan dan pemilik premis selepas didapati melakukan kesalahan,” katanya. – Getaran, 29 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 3 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka