web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Amang Seksual Remaja Bawah Umur, Warga Emas Mengaku Tidak Bersalah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2021 4:19PM

Abdul Aziz mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Seorang warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas lima pertuduhan amang seksual terhadap anak perempuan kekasihnya, antara 2 Mei hingga minggu keempat Mei lalu.

Tertuduh, Abdul Aziz Mohamed, 62, yang hadir menggunakan kerusi roda membuat pengakuan itu dan mohon dibicarakan, selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan pertama hingga kelima, tertuduh yang juga penganggur didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa berusia 15 tahun 10 bulan itu.

Perbuatan keji tersebut dilakukan di dua lokasi berasingan iaitu kawasan semak dan sebuah rumah di Jelawat, dekat Bachok, antara jam 12 tengah hari dan 2 pagi.

Kejadian itu dipercayai berlaku antara 2 Mei hingga minggu keempat Mei lalu.

Atas semua pertuduhan berkenaan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh dihukum sebat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fariz Abdul Hamid dan tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Ahmad Fariz tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh kerana menganggap perbuatan itu keji dan mangsa juga adalah individu dikenali warga emas terbabit.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh dijamin dan menetapkan 7 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes. - Getaran, 1 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Abang Bas Didakwa, Mengaku Tidak Bersalah Buat Amang Seksual

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pengawal Keselamatan Mengaku Tak Bersalah Sumbang Mahram, Amang Seksual 2 Anak Perempuan

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Tahan Guru Lelaki Disyaki Terbabit Kes Amang Seksual Murid

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka