web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perincikan Dakwaan Individu Islam Terbabit Aktiviti Perjudian - Anwar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2021 5:02PM

Anwar berkata dianggarkan 45 peratus daripada kira-kira 62 kelab judi dipercayai dianggotai puluhan ribu golongan itu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan diminta mendedahkan perincian dan tidak ‘menyembunyikan’ maklumat berhubung pembabitan individu Melayu serta Islam dalam aktiviti perjudian.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, berdasarkan laporan diterima beliau, dianggarkan 45 peratus daripada kira-kira 62 kelab judi dipercayai dianggotai puluhan ribu golongan itu.

Katanya, jumlah pertambahan mengejutkan itu seolah-olah menunjukkan kewujudan perselindungan mengenai pemberian lesen perjudian baharu.

“Apa saya nak bangkitkan ini agak mengejutkan apabila saya dapat maklumat daripada laporan polis dan kenyataan di media, iaitu penambahan atau percambahan pusat perjudian oleh kerajaan Melayu, Islam sekarang ini. Nampak macam ada usaha melindungi fakta ini.

“Jadi kita nak tahu berapa jumlah slot mesin, anggota dan orang Melayu terlibat sebagai anggota kerana ada dalam rekod MySejahtera. Jangan nafikan kerana memang ada dan jumlahnya ramai. Ini termasuk umpamanya di Kelab Victoria di Bukit Kiara yang memang terpapar dalam video,” katanya pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke-14, hari ini.

Anwar berkata, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Bahagian Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut diminta melakukan semakan mengenai perkara itu memandangkan sudah ada laporan polis dikemukakan.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Port Dickson itu turut meminta penjelasan mengenai seorang individu bernama Douglas Cheng dari GPL Group yang bebas bergerak dengan jumlah syarikat perjudian dan lesen perjudian terlalu banyak.

‘Keistimewaan’ dimiliki lelaki itu, katanya, berpotensi mengundang orang Melayu kelas atasan untuk bersama-sama terbabit dalam perjudian.

“Saya faham apabila melibatkan kepentingan besar, syarikat besar dan tauke maha kaya, maka tindakan itu agak lambat, jadi saya nak namakan, saya nak tanya, apakah benar nama Douglas Cheng dari GPL Group boleh bergerak dengan sewenang-wenangnya,” katanya.

Beliau berkata, tindakan juga sewajarnya diambil Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), termasuk menyemak maklumat ini supaya kedudukan GPL Group dapat dipantau, sebelum tindakan bersesuaian diambil.

“Saya juga nak minta penjelasan dari Menteri Kewangan kerana sebahagian besar kelulusan dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sejurus sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) 2018, tetapi pelaksanaannya itu saya nak kepastian bila.

“Ini kerana yang dia (perjudian) ini semarak dan bertambah keanggotaan serta penyertaan termasuk oleh orang Melayu ini dalam tempoh satu tahun setengah yang lalu,” katanya.

Sebaik selesai Anwar memberikan penjelasan mengenai perjudian berkenaan, Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu bangun dan secara sarkastik meminta kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak terlalu ditekan.

“Datuk Seri Port Dickson, jangan lah tekan sangat kerajaan ini, mereka bukan ada manifesto, mereka bukan ada apa yang mereka janjikan,” katanya.

“Oleh itu, apa yang boleh dapat duit mereka buat sajalah, jadi janganlah pula Port Dickson tekan kerajaan yang tidak ada manifesto ini,” katanya, sinis. - Getaran, 1 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 1 bulan yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 1 bulan yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka