web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Samun Guna Kad Nama Berita Palsu, Tular Sejak 2014 - Polis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2021 8:33PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menafikan dakwaan kononnya berlaku kegiatan samun menggunakan senjata disembunyikan di sebalik kad nama, seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Jurucakap Ketua Polis Negara berkata, kegiatan itu bukan insiden baharu dan ia dikesan mula tular sejak 2014.

PDRM katanya, tidak menerima sebarang laporan polis berkaitan kejadian samun yang menggunakan modus operandi sedemikian.

"Mangsa wanita yang cedera seperti gambar dipaparkan adalah dari kes berlainan manakala gambar lelaki itu pula ialah mangsa kes pergaduhan di sebuah pusat hiburan luar negara," katanya hari ini.

Antara lain dakwaan itu memberitahu, terdapat penjenayah yang mengetuk cermin kenderaan sambil membawa kad nama mengandungi senjata tajam, sebelum mencederakan dan menyamun mangsa.

Mesej berkenaan turut memaparkan beberapa foto mangsa yang tercedera, kononnya ditoreh di muka oleh penyamun berkenaan.

Dakwaan mengenai kegiatan samun yang ditularkan semula itu menyatakan terdapat individu yang akan mengetuk cermin kenderaan sambil membawa kad nama yang mempunyai peralatan tajam sebelum melakukan samun terhadap mangsa.

Selain itu mesej yang tular itu turut memaparkan gambar mangsa lelaki yang kononnya cedera ditoreh di muka akibat serangan berkenaan.

Susulan penyebaran mesej palsu itu, polis menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dengan berita yang tidak ditentukan kesahihannya.

"Tindakan berkongsi atau menyebar berita-berita sedemikian akan menimbulkan keresahan dan kebimbangan masyarakat," katanya. - Getaran, 2 November 2021.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 47 minit yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 22 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 42 minit yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global