web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kes Zulfarhan, Hukuman Berat Pengajaran Kepada UPNM, ATM - Hishammuddin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2021 1:03PM

Hishammuddin Hussein berkongsi gambar-gambar ketika beliau menziarahi keluarga Allahyarham Zulfarhan, pada 2017 di dalam Facebooknya.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hukuman dikenakan terhadap 18 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dalam kes kematian Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain perlu dijadikan iktibar semua pihak.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, hukuman berat ke atas mereka itu ialah pengajaran dan peringatan, khususnya buat warga UPNM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) supaya kejadian sama tidak berulang.

“Kematian Allahyarham Zulfarhan empat tahun lalu amat mendukacitakan dan semalam keadilan ditegakkan, yang mana pesalah telah dijatuhi hukuman.

“Saya tidak akan sesekali berkompromi dalam soal jenayah dan kezaliman!,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Mengimbau kembali insiden yang pernah menggemparkan negara itu, Hishammuddin berkata beliau telah mengambil tindakan sewajarnya terhadap semua pelaku terlibat.

“Sebagai Menteri Pertahanan ketika itu, saya telah arahkan Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) gantung segera 32 Pegawai Kadet dan nilai semula sistem latihan dan pengurusan pelatih di ALK.

“Saya juga jamin tiada siapa akan dilindungi dan terlepas dari undang-undang,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut berkongsi gambarnya sewaktu menziarahi keluarga Allahyarham Zulfarhan, empat tahun lalu.

“Gambar-gambar ini semasa saya lawat keluarga Allahyarham beberapa hari selepas kejadian pada 2017.

“Semoga mereka sekeluarga terus tabah dan roh Allahyarham sentiasa dicucuri rahmat,” katanya.

Semalam, enam penuntut UPNM terlepas hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi atas pertuduhan membunuh Zulfarhan, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Azman Abdullah memutuskan mereka disabitkan bersalah di bawah Seksyen 299 dan dihukum mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang dipinda daripada Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Enam tertuduh berkenaan terdiri daripada Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

Bukti menunjukkan keenam-enam mereka didakwa mencederakan hingga menyebabkan kematian Zulfarhan tanpa niat membunuh.

Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, mereka bersama 12 lagi penuntut UPNM turut disabitkan di bawah Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, atas kesalahan dengan sengaja menyebabkan cedera bagi memeras pengakuan bersalah atau bagi memaksa supaya harta dipulangkan.

Sabitan itu membawa kepada hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Seramai 12 lagi tertuduh ialah Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha.

Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Ady Sany dan Mohamad Syazwan Musa.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di dalam bilik 03-05, blok penginapan asrama Jebat universiti itu di Kem Perdana, Sungai Besi antara 2.30 pagi hingga 5.30 pagi pada 21 Mei 2017.

Zulfarhan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017. - Getaran, 3 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Penyamun Diberkas, 20 Kes Samun ATM Berjaya Diselesaikan - Polis

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Berangkat Ke Majlis Santapan Beradat Menjunjung Kasih

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Berangkat Ke Istiadat Perbarisan Menjunjung Kasih

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Agong Zahir Sukacita Pelbagai Kejayaan, Prestasi Tinggi ATM

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka