web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ubah Siaran Televisyen, Anak Maut Leher Ditoreh Bapa

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 04 Nov 2021 3:19PM

Pisau yang dipercayai digunakan oleh suspek untuk mengelar leher anaknya. - Gambar dari FB Polis Hulu Selangor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HULU BERNAM - Seorang lelaki maut di tangan bapa sendiri, apabila lehernya ditoreh sebanyak tiga kali dalam satu pertengkaran di sini, semalam.

Kejadian ngeri itu dipercayai berlaku apabila mangsa yang berusia 37 tahun mengubah siaran televisyen ditonton bapanya.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, pihak polis dari Balai Polis Hulu Bernam  telah menerima laporan daripada seorang warga emas berusia 71 tahun, berhubung anaknya yang ditemui tidak sedarkan diri, pada jam 12.55 tengah hari semalam.

Menurut beliau, lelaki berbangsa India itu mendakwa menjumpai anaknya berada dalam keadaan berlumuran darah di ruang tamu rumah mereka, sejurus selepas dia pulang dari kedai.

"Lelaki itu memberitahu, leher anaknya mengalami kecederaan dan berlaku pendarahan yang begitu banyak, menyebabkan dia bertindak menghubungi jiran, sebelum melaporkan kejadian itu kepada polis," katanya di sini.

Arsad berkata, siasatan bagaimanapun mendapati leher mangsa cedera kerana dikelar dan ia dilakukan pihak ketiga.

"Hasil soal siasat, suspek mengaku telah bertengkar dengan anaknya apabila mangsa mengubah siaran televisyen yang sedang ditonton.

"Suspek kemudian bertindak menolak mangsa dan mengambil pisau di dapur, menyebabkan berlaku pergelutan antara keduanya," katanya.

Arsad memberitahu, leher mangsa ditoreh sebanyak tiga kali dalam pergelutan itu.

"Polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Langat  yang bertindak atas maklumat menahan suspek dan merampas beberapa barangan sebagai bukti.

“Antara barang rampasan ialah baju kemeja lengan pendek berwarna putih dan coklat berkotak, seluar pendek berkotak serta sebilah pisau berhulu kening berukuran lebih kurang 20.3 sentimeter," katanya.

Beliau berkata, suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau manakala ujian air kencingnya disahkan negatif.

"Suspek telah dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu pada hari ini untuk permohonan reman di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya. - Getaran, 4 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka