web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


UTP Malaysia Duduki Tempat Teratas Universiti Swasta

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Nov 2021 7:44AM

UTP berada pada kedudukan ke-60, melonjak naik dua anak tangga.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Universiti Teknologi Petronas (UTP) muncul sebagai universiti swasta terbaik dan kedua terbaik dalam kalangan universiti Malaysia, menurut Times Higher Education (THE) Emerging Economies Rankings 2022.

Naib Canselor UTP Profesor Tan Sri Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib berkata universiti berkenaan kini berada pada kedudukan ke-60, melonjak dua anak tangga berbanding kedudukan ke-62 sebelum ini.

Katanya UTP berjaya menyerlah dengan memperoleh markah tertinggi dalam penyelidikan di negara ini dan telah meningkat dengan ketara dalam pemetikan dan skor tinjauan antarabangsa.

Menurut  beliau universiti amat berbangga dengan pencapaian ini dan akan terus berusaha untuk meningkatkan kedudukannya.

“Kami berjaya mengukuhkan kedudukan kami dalam kalangan universiti terbaik di negara yang ekonomi yang sedang pesat membangun.

“Pencapaian ini membuktikan usaha gigih dan ketekunan kami dalam menyampaikan komitmen terhadap semua pihak berkepentingan universiti, terutamanya syarikat induk kami Petronas, pelajar, ibu bapa, penaja dan rakan usaha sama,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Edisi 2022 THE Emerging Economies Rankings merangkumi 698 universiti dari negara yang kata dikelaskan oleh Kumpulan FTSE Bursa Saham London sebagai negara yang mempunyai pertumbuhan ekonomi yang maju, muncul peringkat kedua atau sempadan.

Indikator kedudukan itu menggunakan 13 penunjuk prestasi yang ditentukur dengan teliti dan digunakan dalam semua ranking THE.

UTP juga berada pada kedudukan ke-72 dalam QS Asia University Rankings 2022 dengan peningkatan markah dalam reputasi akademik, pemetikan setiap kertas kajian, kertas kajian setiap fakulti, rangkaian penyelidikan antarabangsa serta pertukaran keluar dan masuk pelajar. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 10 bulan yang lalu

Malaysia Bukan Condong Kepada China, Namun Memang Dekat Secara Geografi - PM

2

Pendidikan 10 bulan yang lalu

UTP Kekal Kedudukan Sebagai Universiti Kejuruteraan Terbaik Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Malaysia Kekal Di Tangga Ketujuh Walau Raih 6 Emas

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Amazon Atasi Apple Sebagai Jenama Paling Bernilai Walaupun Rugi AS$51 Bilion

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka