web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pengedar Dadah Cuba Larikan Diri, Polis Lepaskan Tembakan Amaran

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Nov 2021 3:47PM

Pasukan polis membuat siasatan di lokasi kejadian seorang lelaki ditahan berdekatan Pasar Wakaf Bharu, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Seorang lelaki yang membawa 943 pil Yaba cuba melanggar kenderaan pasukan polis apabila mahu meloloskan diri bagi mengelak dari ditahan.

Namun, cubaan pemuda berusia 24 tahun dipercayai pengedar dadah itu gagal, apabila pihak polis melepaskan satu das tembakan ke arah tayar belakang sebelah kanan, sebelum dia akhirnya berjaya ditahan pada jam 5.50 petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, lelaki itu ditahan menerusi operasi Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dan Unit Ronda Cegah Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat berhampiran Pasar Wakaf Bharu.

Katanya sebelum ditahan, anggota bertugas telah mengekori sebuah kereta jenis Proton Wira yang dipandu dalam keadaan berbahaya, dari arah Tumpat menghala ke Wakaf Bharu.

“Pihak polis cuba memberhentikan kenderaan, tetapi suspek enggan memberikan kerjasama.

“Lelaki itu sebaliknya cuba mengundurkan kenderaan untuk melanggar pasukan keselamatan dan satu das tembakan telah dilepaskan ke arah tayar belakang sebelah kanan kereta,” katanya di sini hari ini.

Pemeriksaan lanjut ke atas suspek dan kenderaan berjaya menemui 943 biji pil Yaba, dengan nilai keseluruhan rampasan RM9,430.

Muhamad Zaki berkata, ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu positif dadah jenis metafetamin dan hasil semakan mendapati suspek mempunyai 11 rekod lampau berkaitan dadah serta jenayah.

Jelas beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 307 dan 279 Kanun Keseksaan. - Getaran, 5 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

4 Individu Dikaitkan GISBH Direman 3 Hari

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka