web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


7 Tahanan Asing Lolos, Polis Lancar Gerakan Memburu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2021 4:47PM

Wajah tujuh warga asing yang meloloskan diri dari DTI awal pagi tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PAPAR - Polis sedang giat memburu tujuh lelaki warga asing yang meloloskan diri dari Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Papar, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan (DSP) Batholomew AK Umpit berkata, operasi memburu tahanan berusia dalam lingkungan 22 hingga 43 tahun itu telah dilancarkan sejak awal pagi tadi.

Katanya, semua tahanan terbabit dipercayai melarikan diri dari DTI sekitar jam 3.30 pagi melalui bumbung tandas pusat tahanan yang sengaja dirosakkan.

“Mereka kemudiannya memotong pagar pusat tahanan berkenaan bagi meloloskan diri dari pusat tahanan tersebut.

“Siasatan awal mendapati, kesemua tahanan yang melarikan diri itu tinggal di blok tengah dan memanjat bumbung setinggi hampir dua meter sebelum memotong pagar bagi melarikan diri,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Menurut Batholomew, kejadian itu sebenarnya melibatkan 14 tahanan, namun tujuh daripada mereka berjaya ditahan semula di sekitar kawasan DTI.

“Operasi memburu semua tahanan ini dibantu oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Pasukan Gerakan Udara (PGU), Unit Anjing Pengesan K9 dan Pasukan Polis Marin,” katanya.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat agar segera menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar di talian 088-916064 atau balai polis berhampiran.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan. - Getaran, 10 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Sabah Perlu Pembenihan Awan Segera - Armizan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Lelaki New Zealand Jatuh Bangunan Elak Dicekup Imigresen

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Elak Diberkas Polis, Lelaki Maut Jatuh Bangunan

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Pesakit Positif COVID-19 Larikan Diri

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka