web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Elak Diberkas Polis, Lelaki Maut Jatuh Bangunan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2022 8:51AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Akibat mahu melarikan diri dari tindakan pihak berkuasa, seorang lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI) maut selepas terjatuh dari tingkat satu sebuah bangunan di Pusat Komersial BDC, Jalan Chung Thien Vun di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1.10 pagi itu, mangsa ditemui terbaring di bahagian belakang premis dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri.

Terdahulu, polis melakukan serbuan di sebuah premis hiburan di situ selepas disyaki beroperasi lebih masa.

Ketika serbuan dilakukan, dua lelaki dipercayai cuba melarikan diri menerusi pintu belakang premis yang terletak di tingkat satu.

Bagaimanapun, menurut sumber, suspek, 21, dikatakan terjun dari tingkat atas dan mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, hasil pemeriksaan, anggota polis bertugas menemui seorang lelaki di bahagian belakang premis yang dipercayai cuba melarikan diri.

“Turut ditemui seorang lagi terbaring di atas jalan raya dalam keadaan berlumuran darah.

“Suspek yang cedera itu dikejarkan ke Hospital Besar Tawau untuk rawatan sebelum disahkan meninggal dunia jam 8.38 pagi, semalam,” katanya.

Jasmin berkata, pihaknya turut menahan empat lelaki dan seorang wanita PATI berusia 17 hingga 45 tahun yang berada di premis hiburan berkenaan, dipercayai tinggal di negara ini tanpa dokumen perjalanan sah.

“Turut dirampas beberapa peralatan elektronik yang digunakan di premis sama.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 3 Ordinan Hiburan Awam 1958 dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63,” katanya. - Getaran, 18 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Serbuan Pusat Hiburan: 10 Wanita Asing, Lelaki Tempatan Ditahan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

LHDN Nafi ‘Serbuan’ Di Kediaman Hamzah Bermotifkan Politik

3

Semasa 1 tahun yang lalu

40 Individu Ditahan Disyaki Terlibat Sindiket Perjudian, Pengurup Wang Digital Tidak Sah

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

OIC Beri Amaran 'Konfrontasi Agama' Ekoran Serbuan Israel Ke Atas Al-Aqsa

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka