web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sabah Perlu Pembenihan Awan Segera - Armizan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2023 6:16PM

Kerajaan Sabah boleh membuat permohonan untuk proses itu kepada kerajaan Persekutuan dalam usaha menangani bekalan air yang semakin berkurangan di Sabah. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PAPAR - Isu bekalan air di Sabah yang dilihat kritikal memerlukan proses pembenihan awan dilaksanakan dengan segera bagi meningkatkan paras air sungai yang menjadi sumber air mentah utama bagi pengoperasian berkesan Loji Rawatan Air (LRA) di negeri tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali, berkata kerajaan Sabah boleh membuat permohonan untuk proses itu kepada kerajaan Persekutuan dalam usaha menangani bekalan air yang semakin berkurangan di Sabah.

Beliau berkata sekiranya pasukan teknikal di peringkat negeri Sabah sudah mengenal pasti keperluan berkaitan pembenihan awan bagi membolehkan hujan di kawasan diperlukan, pihak kerajaan negeri boleh mengemukakan permohonan proses itu kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

“Saya tidak mahu berselindung, memang tahap bekalan air di Sabah sudah mencapai tahap kritikal dan fenomena monsun barat daya kali ini akan menjadikan status itu (bekalan air) menjadi jauh lebih kritikal lagi.

“Namun saya melihat memang keadaannya agak serius dan sekiranya tidak dilakukan (pembenihan awan) akan lebih banyak lagi LRA yang terkesan,” katanya kepada Bernama selepas mengadakan lawatan ke LRA Skim Bekalan Air Kecemasan (EWSS) Limbahau, di sini, hari ini.

Armizan,yang juga Ahli Parlimen Papar, berkata ketika ini LRA EWSS itu juga turut terjejas apabila paras air sungai Papar menurun menyebabkan loji yang mampu menyalurkan bekalan air bersih 10 juta liter sehari (JLH) itu tidak dapat beroperasi sejak seminggu lalu menyebabkan lebih 19,000 penduduk daripada 33 buah kampung di Papar terputus bekalan air.

Beliau berkata sebagai tindakan segera, proses penghantaran bekalan air bersih telah dijalankan  dengan menggunakan lori tangki air di kawasan awam seperti masjid dan balai raya untuk penduduk kampung yang terjejas.

Mengulas lanjut, Armizan berkata antara cadangan lain yang akan dilaksanakan dalam jangka masa panjang ialah menyediakan tangki-tangki statik berkapasiti antara 10,000 liter hingga 20,000 liter air di kampung-kampung yang menghadapi masalah bekalan air kritikal.

Selain itu, beliau berharap proses naik taraf LRA Kogopon Papar yang berkapasiti 40 JLH kepada 80 JLH yang dijangka siap pada tahun lalu, namun telah tergendala sejak 10 tahun lalu, akan dapat dilaksanakan pada tahun ini.

“Jumlah terkini, kita cuba meminimumkan benda-benda tertentu maka memerlukan tambahan RM67 juta lagi daripada kos asal iaitu RM312 juta...jadi kos yang diperlukan sekarang hampir RM400 juta disebabkan skop yang berubah dan peningkatan harga barangan maka kos itu telah meningkat. ,” katanya.

Dalam pada itu, Armizan berkata beliau turut berpuas hati dengan pembentangan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengenai pelan jangka pendek bagi menangani krisis air di negeri itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Putrajaya, semalam.

Beliau berkata pelan jangka masa pendek antara enam hingga 12 bulan melibatkan kos RM320.25 juta membuktikan kepimpinan negeri mengambil tindakan tangkas untuk kepentingan umum dan dilaksanakan dengan segera.

“Kita tiada pilihan, kalau tidak dilaksanakan sekarang sebagai contoh pembinaan empangan kalau tidak diputuskan sekarang, ia tidak akan siap dalam setahun dua tetapi sekurang-kurangnya mengambil masa minimum 60 bulan untuk disiapkan bagi sebuah empangan,” katanya.

Namun, katanya, dalam mengambil keputusan itu perlu mengambil kira jaminan keselamatan sosioekonomi, peluang pekerjaan dan ganti rugi kepada penduduk kampung yang terlibat.

Hajiji semalam dilaporkan berkata kerajaan Sabah yakin bantuan kewangan daripada Kerajaan Persekutuan akan membantu mempercepat pelan jangka pendeknya dalam menangani krisis air di negeri itu.

Ketua Menteri berkata bantuan kewangan sebanyak RM320.25 juta itu merangkumi pelaksanaan enam program yang terdiri daripada 20 projek di seluruh negeri termasuk sembilan bagi daerah Kota Kinabalu, Tuaran, Putatan, Papar, Beaufort, Keningau, Tawau, Lahad Datu dan Sandakan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 3 minggu yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global