web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bapa Didakwa Kelar Leher Anak Lelaki Kerana Tukar Siaran TV

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2021 5:44PM

S Krisman, 72, dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas kesalahan mengelar leher anak lelakinya. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA KUBU BHARU - Seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh anaknya dengan mengelar leher lelaki itu selepas berlaku pertengkaran susulan tindakan menukar siaran televisyen, minggu lepas.

S Krisman, 72, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza yang bertindak sebagai Majistret.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang memakai kemeja putih dan berseluar pendek kerana kes bunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap K Apacnaidu, 37, di sebuah rumah di Jalan Kemudi, Taman Bernam Jaya, Ulu Bernam di sini antara 11 dan 11.30 pagi 3 November lepas mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan 22 Dis ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Khadijah Amir Hamdzah manakala tertuduh diwakili peguam Dr Vasu Appu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka