web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Peluru Meriam Lama Ditemukan Di Ladang Kelapa Sawit

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Nov 2021 8:09AM

Peluru meriam dengan anggaran panjang 73cm dijumpai oleh seorang lelaki. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Sebutir peluru meriam lama, dipercayai bersaiz 155mm dijumpai di Ladang Serigala Div A, Slim River kira-kira 100km dari sini hari ini dan kini berada di dalam kawalan polis.

Ketua Polis Daerah Muallim Supt Sulizmie Affendy Sulaiman berkata pihaknya menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memaklumkan mengenai penemuan peluru meriam dengan anggaran panjang 73 centimeter (cm) dan ukur lilit 50cm itu pada kira-kira pukul 4 petang.

“Hasil siasatan mendapati bom tersebut telah dijumpai di tepi laluan untuk mengangkut hasil sawit dan jarak lokasi ke jalan utama lebih kurang tiga kilometer,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam tadi.

Beliau berkata ia dijumpai tertanam di tebing tanah tepi jalan dalam kebun kelapa sawit dan siasatan lanjut mendapati hanya muncung peluru meriam yang berada di luar manakala badannya tertanam di dalam tanah.

Katanya kerja-kerja memusnahkan peluru meriam itu akan dilakukan setelah bantuan daripada Unit Pemusnah Bom tiba ke tempat kejadian. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 4 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka