web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pahang Sedia Lebih 700 PPS Hadapi Musim Tengkujuh

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Nov 2021 4:44PM

Kerajaan negeri telah mengenal pasti dan menyiapkan 787 PPS untuk menempatkan penduduk terjejas banjir sepanjang musim tengkujuh. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Kerajaan Pahang sudah mengenal pasti dan menyiapkan 787 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri ini, untuk menempatkan penduduk terjejas banjir sepanjang musim tengkujuh yang dijangka bermula pertengahan bulan nanti.

Keadaan cuaca tidak menentu berikutan kedatangan Monsun Timur Laut dan fenomena air pasang besar sehingga Mac tahun hadapan, turut berpotensi mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan rendah, selain lokasi yang mempunyai sejarah dilanda banjir besar sebelum ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abd Rahim Muda berkata, semua agensi kerajaan negeri dan Persekutuan serta syarikat pembersihan awam sudah diminta melakukan pemantauan berterusan sebagai persediaan menghadapi situasi luar jangkaan.

“Secara umumnya, jumlah PPS paling banyak kita sediakan di daerah Kuantan dengan 121 PPS, diikuti Jerantut (96), Pekan (95), Temerloh (87), Raub (84), Lipis (82), Maran (72), Bera (45), Bentong (40), Rompin (39) dan Cameron Highlands (26).

“Kalau boleh, kita cuba elak daripada menggunakan sekolah sebagai PPS dan ini adalah bagi memastikan sesi persekolahan tidak terganggu,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi di sini hari ini.

Abd Rahim memaklumkan, Kompleks Sukan Pahang (SUKPA) dan Wisma Belia, di Indera Mahkota yang sebelum ini dijadikan pusat pemberian vaksin (PPV), akan berfungsi sebagai PPS terbesar di daerah Kuantan dengan kapasiti kira-kira 500 keluarga pada satu-satu masa.

“Selain kita fokus kepada proses menyiapkan PPS, kerajaan negeri juga sudah menghantar bekalan barangan keperluan asas ke 140 pangkalan hadapan di seluruh negeri secara berperingkat bermula hujung bulan lalu.

“Mengenai pangkalan hadapan ini, paling banyak di Temerloh yang mempunyai 34 lokasi pangkalan hadapan, kemudiannya di Kuantan (18), Jerantut (16), Pekan (14), masing-masing 12 di Rompin dan Lipis; Bera (11), Raub (10) dan akhir sekali di daerah Bentong kita sediakan dua pangkalan hadapan,” katanya.

Ketika ditanya mengenai kawasan sekitar bandar raya Kuantan yang sering dilanda banjir kilat, Abd Rahim menjelaskan, penyelenggaraan longkang dan sistem saliran sedang dilakukan pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan kerjasama syarikat konsesi dilantik.

“Perkara ini dalam tindakan PBT dan kita juga sudah meminta pihak (pengurusan) Perbadanan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) serta Alam Flora melakukan penyelenggaraan lebih kerap terhadap longkang dan sistem saliran yang mudah tersumbat bagi mengelak daripada berlakunya banjir kilat.

“Ada lokasi yang kita sudah kenal pasti antaranya di Jalan Lim Hoe Lek dan perkampungan Lubuk Puyu, jadi kawasan ini perlu diberi lebih tumpuan,” katanya.

Abd Rahim berkata, kerajaan Pahang juga sudah mengemukakan permohonan bagi mendapatkan peruntukan tambahan berjumlah RM2 juta daripada kerajaan Persekutuan bagi menjalankan kerja naik taraf sistem saliran dan pembesaran longkang di kawasan terbabit.

“Setakat ini permohonan berkenaan masih dalam proses pertimbangan dan kita harap ia diluluskan dalam masa terdekat,” katanya. - Getaran, 14 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Op Global: 171 Ditahan Bantu Siasatan Eksploitasi Kanak-kanak, 402 Mangsa Diselamatkan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Bomba Selamatkan 2 Warga Bangladesh Terperangkap Atas Bumbung Kerana Banjir

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Rampas Peralatan Darjah Kebesaran Palsu Daripada Pengarah Syarikat Telekomunikasi

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka