web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Keberkesanan Vaksin COVID-19 Menurun, KKM Saran Ambil Dos Penggalak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2021 1:15PM

Sejak 13 Oktober lalu, dos penggalak mula diberikan kepada petugas barisan hadapan, warga emas dan golongan komorbid. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Individu yang mendapat tarikh temu janji dos penggalak vaksin COVID-19 disarankan untuk hadir bagi menerima pelalian tersebut.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ini berikutan keberkesanan vaksin COVID-19 akan menurun selepas beberapa bulan suntikan dos kedua diambil.

“Sebab itu Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) memberi dos penggalak. Pemberian dos penggalak yang berbeza dari dos asal dilaksanakan di banyak negara.

“Di Chile, dos penggalak Pfizer kepada penerima Sinovac menunjukkan keberkesanan sehingga 95 peratus,” katanya menerusi satu ciapan di Twitter hari ini.

Beliau berkata pemberian dos penggalak adalah strategi perlindungan yang penting terutamanya dengan pembukaan sektor ekonomi dan sosial.

“Jika anda menerima janji temu untuk dos penggalak, Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan anda hadir dan menerima ‘booster shot’ untuk COVID-19,” katanya.

Menurut Khairy, buat masa ini vaksin Pfizer-BioNTech telah diluluskan untuk penggunaan dos penggalak bagi penerima vaksin Pfizer dan Sinovac.

“Kami juga sedang menilai kombinasi lain untuk keselamatan dan keberkesanan serta akan mengumumkannya dalam beberapa minggu lagi,” katanya.

Sejak 13 Oktober lalu, dos penggalak mula diberikan kepada petugas barisan hadapan, warga emas dan golongan komorbid.

Namun pemberian pelalian itu diperluaskan kepada individu berusia 18 tahun ke atas dan mempunyai komorbiditi, ibu mengandung, individu berusia 40 tahun ke atas serta petugas barisan hadapan yang bukan berada di bawah sektor kesihatan.

Bagi penerima vaksin Sinovac, dos penggalak diberikan tiga bulan selepas lengkap divaksinasi manakala penerima Pfizer pula selepas enam bulan. - Getaran, 15 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Mpox: KKM Tingkat Survelan Di Pintu Masuk Negara

4

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka