web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pak Lah Sihat Walafiat, Tindakan Undang-Undang Akan Diambil

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 15 Nov 2021 5:11PM

Tun Abdullah Ahmad Badawi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pejabat Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini memaklumkan bekas perdana menteri itu berada dalam keadaan sihat walafiat di samping keluarga.

Justeru, Pejabat Tun Abdullah menerusi satu kenyataan menafikan sekeras-kerasnya hantaran tular menerusi Facebook milik ‘Mohd Hasni Izuwan’ dan ‘Saifulzaman Mahmood’ berhubung kesihatan perdana menteri kelima itu yang lebih mesra dipanggil Pak Lah.

Menerusi tangkap layar yang turut dikongsikan, kedua-dua pemilik Facebook itu memuat naik status menyatakan bahawa bekas perdana menteri kelima itu telah kembali ke rahmatullah.

“Pihak pejabat memandang serius penularan berita palsu ini dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyebarkan berita palsu,” demikian menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Pihak pengurusan pejabat itu berharap masyarakat dapat memastikan terlebih dahulu kesahihan daripada pihak yang berautoriti sebelum menyebarkan sebarang berita bagi mengelakkan kekeliruan.

Sementara itu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata selain Tun Abdullah, isteri beliau Tun Jeanne Abdullah juga berada dalam dalam keadaan sihat walafiat

“Saya baru berbual di telefon dengan Tun Jeanne, mereka sedang bercuti dalam negara ketika ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau.

Sambil meminta supaya penyebaran berita tidak benar dihentikan, Reezal Merican turut mengajak orang ramai mendoakan Abdullah dan Jeanne sentiasa sihat dan dalam peliharaan Allah Taala. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Insiden Selisih Faham Di Taiping, Polis Minta Saksi Tampil Bantu Siasatan

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Tilawah Al-Quran: MCMC Panggil 4 Pemilik Akaun Facebook

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

4

Luar Negara 7 bulan yang lalu

Facebook, Instagram, Threads Alami Gangguan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka