web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gagal Tawan Kinabalu, Lelaki Diserang AMS

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 16 Nov 2021 5:46PM

Mangsa ditempatkan di bilik sakit bagi tujuan rawatan, bantuan oksigen dan pemeriksaan nadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

RANAU - Hasrat seorang lelaki menawan puncak Gunung Kinabalu tidak kesampaian apabila dia diserang sindrom akut gunung di kawasan penginapan Panalaban, Kundasang, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 4 pagi itu, mangsa terpaksa dibawa turun Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MOSAR) ke pintu masuk Timpohon, Taman Kinabalu, sebelum dihantar ke Hospital Ranau untuk rawatan lanjut.

Terdahulu, mangsa yang berasal dari Kudat dikatakan memulakan pendakian sejak pagi semalam dan tiba di Panalaban pada sebelah petang.

Bagaimanapun, dia  mula mengalami pening kepala, sakit perut dan muntah pada jam 8.25 malam, sebelum memaklumkan kejadian itu kepada rakannya dan petugas Taman Taman Sabah (TTS).

Bertindak atas aduan diterima, mangsa ditempatkan di bilik sakit bagi tujuan rawatan, bantuan oksigen dan pemeriksaan nadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya menerima aduan kecemasan berhubung perkara itu pada jam 4 pagi.

“Dua pegawai dan empat anggota MOSAR bergegas ke lokasi kejadian bagi membawa mangsa turun.

“Mangsa berjaya tiba di Timpohon sebelum dihantar rakannya menggunakan kenderaan mereka ke hospital,” katanya.

Operasi menyelamat ditamatkan jam 4.39 pagi tadi. - Getaran, 16 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Jelajah 2 bulan yang lalu

67 Tahun Merdeka, Jom Kenali Puncak Tertinggi Negara!

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka