web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Nahas Hawk 108, Kementerian Pertahanan Perlu Ambil Iktibar, Langkah Proaktif - Anwar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 17 Nov 2021 4:01PM

Nahas pesawat Hawk 108 di Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang malam tadi meragut nyawa Kapten Mohamad Affendi Bustamy. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan harus mengambil iktibar dan langkah proaktif daripada nahas menimpa pesawat pejuang Hawk 108 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terhempas di Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang, malam tadi.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini bagi memastikan insiden meragut nyawa perajurit negara tidak berulang pada masa hadapan.

“Sayu mendengar perkhabaran duka berkenaan nahas yang membabitkan pesawat pejuang Hawk 108 malam tadi.

“Kita bukan sahaja telah kehilangan seorang perajurit malah kehilangan seorang kepala keluarga. Didoakan semoga arwah Kapten Mohamad Affendi Bustamy diterima disisi-Nya,” katanya menerusi satu ciapan di Twitter, hari ini.

Pada masa sama, beliau turut berharap agar keluarga mangsa diberikan kekuatan menghadapi ujian ini.

“Semoga keluarga Allahyarham diberikan kesabaran yang tinggi atas pemergian tulang belakang keluarga.

“Saya turut mendoakan seorang lagi perajurit yang cedera, Mejar Mohd Fareez Omar diberi kesembuhan seperti sediakala,” katanya.

Terdahalu, TUDM dalam satu kenyataan mengesahkan seorang juruterbang maut, manakala seorang cedera selepas pesawat pejuang Hawk 108 terhempas di Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang.

Juruterbang maut dikenali Kapten Mohamad Affendi Bustamy manakala rakannya, Mejar Mohd Fareez Omar kini menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) dan dilaporkan dalam keadaan selamat dan stabil.

Difahamkan kedua-dua juruterbang berkenaan sedang melaksanakan latihan penerbangan (Night Flying) sebelum terbabit nahas.

Sementara itu, seorang saksi nahas pesawat tersebut mendakwa mendengar bunyi dua letupan kuat.

Peniaga kedai makan, Mastura Mohammad Nordin, 44, berkata dia biasa mendengar bunyi pesawat di pangkalan udara berkenaan kerana kedainya terletak hanya kira-kira 100 meter, namun bunyi deruan pesawat agak kuat berbanding kebiasaannya malam tadi.

“Saya memang dah terbiasa dengan bunyi pesawat tetapi yang ini memang lain.

“Ketika ia hampir mendarat saya dengar dua dentuman sangat kuat sebelum melihat api marak ketika pesawat itu terhempas,” katanya. - Getaran, 17 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 1 bulan yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 1 bulan yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka