web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Belia Orang Asli Hidup Serba Kekurangan, JAKOA Perlu Dahulukan Permohonan Awal

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 17 Nov 2021 7:41PM

Rumah-rumah kayu yang dibina oleh segelintir penduduk Kg Orang Asli Air Dusun Tebong yang masih tidak mempunyai rumah batu. - Gambar oleh Mustaffa Kamal

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANDAR HILIR - Golongan belia di Kampung Orang Asli Air Dusun Tebong, Machap Jaya, terpaksa terus hidup serba kekurangan disebabkan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) perlu mendahulukan permohonan lain.

Menurut jurucakap jabatan yang menjaga kebajikan dan kepentingan masyarakat Orang Asli itu, mereka perlu memberi perhatian kepada permohonan awal disebabkan rumah asal pemohon terdahulu juga amat daif dan memerlukan tindakan segera.

“Sehingga kini, jumlah keseluruhan permohonan Bina Baharu di Melaka adalah sebanyak 75 pemohon dan Baik Pulih rumah pula sebanyak 138 permohonan.

“Data ini adalah dari tahun 2014 sehingga 2021,” katanya ketika memberi maklum balas kepada Getaran berhubung laporan berita ‘PRN Melaka, Komuniti Orang Asli Serik Janji Manis Calon YB’.

Berdasarkan maklum balas JAKOA itu, kuota Bina Baharu rumah untuk Orang Asli di Melaka cuma satu manakala Baik Pulih sebanyak sembilan unit.

Sebelum ini, Getaran melaporkan isu yang membelenggu masyarakat Orang Asli di kampung terbabit iaitu masalah perparitan dan ketiadaan rumah bagi golongan muda, sehingga memaksa mereka menumpang berteduh di kediaman kecil ahli keluarga lain.

Selain itu, ada juga penduduk Orang Asli di kampung berkenaan terpaksa membina pondok kayu seluas sekangkang kera beratapkan zink untuk diduduki bersama dua anak kecilnya.

Menurut JAKOA lagi, berdasarkan rekod, Jamil Baloi dan Fazira Ahmad sememangnya ada membuat permohonan bantuan rumah yang telah dimasukkan dalam data jabatan.

Berdasarkan rekod JAKOA, sejak tahun 2012 hanya enam unit rumah baharu dibina di perkampungan Orang Asli terbabit, manakala tiada sebarang pembinaan dibuat namun sejak tahun 2017.

Jurucakap itu mendakwa, JAKOA tidak pernah menerima sebarang aduan berhubung isu perparitan di kampung Orang Asli terbabit.

“Isu ini tidak pernah dibangkitkan oleh Tok Batin dan penduduk kampung kepada pihak JAKOA sebelum ini.

“Berdasarkan rekod JAKOA Daerah Alor Gajah dan Jasin, tiada sebarang permohonan berkaitan yang dibuat oleh mereka,” katanya. - Getaran, 17 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Bayi 8 Bulan Maut: Taska Ditutup Serta Merta

3

Semasa 3 bulan yang lalu

2 Beradik Maut, Ibu Kritikal Bilik Sewa Terbakar

4

Semasa 4 bulan yang lalu

KWSP Terima Lebih 2 Juta Permohonan Pindahan Dari Akaun Sejahtera Ke Akaun Fleksibel

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka