web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tambak Laut Bukan Perkara Baharu, Saya Cuma Tambah Baik - Sulaiman

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2021 7:55PM

Sulaiman tidak lagi mahu melihat Melaka sebagai negeri pelancongan hujung minggu. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

AYER KEROH - Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Ali mengeluarkan kenyataan senada dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berhubung isu penambakan laut bagi projek Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ).

Menurutnya, M-WEZ atau Koridor Tepian Pantai bukanlah sesuatu yang baharu sebaliknya ia dimulakan sejak zaman Ketua Menteri Melaka Ke-4, Datuk Ghani Ali.

Bagaimanapun, ia dijenamakan semula dan diperbadankan ketika beliau mengambil tampuk pemerintahan negeri ini tahun lalu.

“Ia (tambakan laut) sebelum ini tidak ada perancangan yang rapi dan tiada penyelarasan langsung. Masterplan tak ada, blueprint tak ada.

“Jadi saya jenamakan semula sebagai M-WEZ dengan menubuhkan enakmen untuk perbadankan supaya ia boleh dilaksanakan dan diselaraskan seperti Perbadanan Putrajaya,” katanya pada sidang media hari ini.

Menurut calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu itu, perbadanan itu turut menyertakan semua agensi yang berkaitan dengan pembangunan di Melaka, antaranya pejabat tanah, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Jadi segala pembangunan mesti mengikut masterplan atau pun mengikut blueprint yang telah kita siapkan,” katanya.

Mengulas lanjut, Sulaiman berkata, beliau tidak lagi mahu melihat Melaka sebagai negeri pelancongan hujung minggu.

“Kita mahu memajukan negeri Melaka. Saya tak mahu Melaka jadi sebuah negeri pelancongan hujung minggu.

“Jumaat, Sabtu dan Ahad ada orang tapi hari lain kosong, sampai bila,” katanya.

Ditanya mengenai nasib nelayan yang takut akan kehilangan punca pendapatan, calon Ketua Menteri BN itu berkata, pelbagai kemudahan akan disediakan sebaik projek M-WEZ itu siap kelak.

“Saya bukan tambak sampai ke Indonesia, ia cuma (membabitkan) 1.5 kilometer saja, macam mana nak hilang pendapatan?

“Dalam tempoh itu kita akan siapkan jeti lebih baik dan lebih canggih untuk nelayan setempat,” katanya. - Getaran, 17 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Bayi 8 Bulan Maut: Taska Ditutup Serta Merta

3

Semasa 3 bulan yang lalu

2 Beradik Maut, Ibu Kritikal Bilik Sewa Terbakar

4

Semasa 7 bulan yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka