web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Marshal Jadi Polis Trafik Diburu, Tindakan Jejas Keselamatan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2021 7:50PM

Kelihatan marshal menghalang lalu lintas yang menyebabkan kesesakan. - Gambar dari Facebook IPD Port Dickson

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PORT DICKSON - Polis sedang mengesan seorang pengiring (marshal) konvoi motosikal berkuasa tinggi yang bertindak sebagai anggota trafik dan memberhentikan kenderaan awam di persimpangan lampu isyarat Sua Betong di sini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, rakaman video tular berdurasi satu minit 10 saat dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Facebook itu menunjukkan aksi marshal mengawal dan memberhentikan kenderaan awam di persimpangan lampu isyarat berkenaan.

“Ketika kejadian lampu isyarat jelas berwarna merah dan tindakan marshal itu dipercayai bertujuan untuk memberi laluan kepada konvoi motosikal berkuasa tinggi yang bergerak dalam konvoi bagi melepasi lampu isyarat.

“Pergerakan motosikal berkuasa besar ini dari Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH) menghala masuk melalui lampu isyarat Sua Betong menghala ke bulatan Sunggala, Telok Kemang,” katanya pada Ahad.

Menurut beliau, pihak polis sedang mengesan individu berkenaan.

Katanya, kes akan disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Polis dan Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Peserta konvoi tidak boleh membuat sebarang tindakan memberhentikan, mengawal, melencong kenderaan di jalan awam tanpa sebarang kehadiran anggota atau pegawai polis kerana boleh membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya lain.

“Orang ramai yang memiliki maklumat berkaitan kejadian diminta beri kerjasama kepada pihak IPD PORT Dickson di Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik atau menghubungi talian terus di talian 06-6472222,” ujarnya. - Getaran, 21 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Kantoi’ Curang Dan Pukul Isteri, Lelaki Berdepan Siasatan Polis

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Kupang Di Port Dickson Masih Tidak Selamat Dimakan - JPNS

3

Singapura 5 bulan yang lalu

Singapura Sekat Bekalan, Penjualan Kupang Dari Port Dickson

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Kupang Di Port Dickson Disahkan Beracun, Dicemari Biotoksin - DOF

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 2 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 2 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi