web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bunuh Along, 6 Didakwa Esok

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2021 9:53PM

Mahkamah Klang - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Enam suspek kes pembunuhan seorang individu dipercayai along di Bukit Tinggi, Klang 6 November lalu, akan didakwa di Mahkamah Klang, esok.

Empat daripada suspek terbabit akan dituduh mengikut Seksyen 302/34 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Dua tertuduh lagi akan didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 302 kanun yang sama. 

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki dipercayai along maut ditetak di hadapan sebuah restoran di Bandar Baru Bukit Tinggi Klang.

Dalam kejadian pada jam 12.20 tengah hari itu, mangsa yang berusia 47 tahun sempat melarikan diri di celah beberapa kenderaan sebelum rebah dan maut di hadapan sebuah restoran lain.

Sebelum kejadian, mangsa bersama dua anak lelakinya, masing-masing berusia 10 dan 18 tahun telah pergi ke sebuah restoran untuk menjamu selera sekitar jam 11.50 pagi.

Sebaik selesai, tiga beranak itu berjalan kaki menuju ke sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire miliknya yang diletakkan kira-kira 30 meter dari restoran berkenaan.

Semasa hendak membuka pintu kereta, mangsa telah didatangi tiga lelaki bersenjatakan parang dari arah belakang dan dua daripada mereka kemudiannya terus menetak mangsa. - Getaran, 22 November 2021.


 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah