web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kaji Semula Had Umur Belia Bawah 30 Tahun - ABIM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Nov 2021 4:24PM

Muhammad Faisal Abdul Aziz

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengumuman pelaksanaan had umur bawah 30 tahun oleh Menteri Belia dan Sukan untuk pertubuhan belia harus dikaji semula.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, keputusan pelaksanaan had umur ini dibuat secara tergesa-gesa tanpa mengambil kira kaedah perlaksanaan secara pendaratan landai (soft landing).

Menurut beliau, dasar had umur belia yang sentiasa berubah akan mengganggu kestabilan pertubuhan belia selaku pemegang taruh utama, dalam membangunkan masyarakat akar umbi sejak sekian lama.

“ABIM menggesa Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu supaya mengkaji semula pengumuman pelaksanaan had umur bawah 30 tahun untuk pertubuhan belia menerusi sidang parlimen baru-baru ini.

“Bantahan ini bukan perkara baharu kerana ia telah disuarakan semenjak diluluskan pada 2019, walaupun pada awalnya diumumkan had umur ini akan dilaksanakan secara berperingkat mulai umur bawah 35 tahun semasa sambutan Hari Belia Negara 2019 oleh menteri belia dan sukan ketika itu,” katanya.

Faisal berkata demikian susulan pengumuman Kementerian Belia dan Sukan akan melaksanakan had umur 30 tahun ke bawah bagi pemegang jawatan pertubuhan belia yang akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2022.

Jelas Faisal lagi, perubahan secara drastik akan menjejaskan operasi pertubuhan belia termasuk dalam pengurusan institusi serta aset.

Katanya, perkara itu memerlukan komitmen secara rencam, dan umur 35 tahun ini dilihat realistik dengan mengambil kira demografi petugas belia yang sepenuh masa menggerakkan pertubuhan di seluruh negara, berbanding belia bawah 30 tahun yang masih dalam fasa membina kerjaya, keluarga serta kehidupan.

“Sekiranya kementerian ingin meneruskan penguatkuasaan had umur belia bawah 30 tahun dan dalam hal ini, ABIM menggesa agar pertubuhan belia sedia ada diberi pilihan untuk terus bergerak tanpa terikat dengan had umur di bawah pendaftar pertubuhan belia (ROY).

“Pertubuhan-pertubuhan belia yang sedia ada juga turut diberi keizinan untuk berpindah ke pendaftar pertubuhan (ROS) dengan mengekalkan akronim yang sama,” tegasnya.

Pandangan ini jelas Muhammad Faisal, ABIM perlu diberi perhatian dengan penuh tanggungjawab.

“Ia demi meneruskan kelestarian aktivisme belia yang bermula semenjak sebelum negara ini mencapai kemerdekaan,” katanya. - Getaran, 23 November 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 10 bulan yang lalu

MSN Teliti Pelaksanaan Caruman KWSP, PERKESO Untuk Atlet

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Tak Perlu Polemik Hadis 40, ‘Memang Hanya Untuk Pelajar Islam!’

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Peja Nafi Ketidakstabilan Politik Jadi Punca Program Podium Tak Diteruskan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Anwar Zahir Rasa Sedih Pemergian Dr Razali Nawawi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 2 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 2 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 22 minit yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad