web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


65 Pelajar SBP Seri Puteri Positif COVID-19

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2021 11:07AM

Mohd Radzi Md Jidin (tengah) mengadakan sidang media lewat malam tadi susulan kes 65 pelajar Seri Puteri, Cyberjaya disahkan positif COVID-19.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 65 pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Seri Puteri, Cyberjaya disahkan positif COVID-19.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin ketika mengesahkan perkara itu berkata, kesemua pelajar berkenaan kini menerima pemantauan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang.

“Dalam usaha Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) untuk mengurangkan jumlah murid yang berada di asrama, maka PKD telah melaksanakan saringan kontak rapat kepada lebih 200 murid semalam.

“Daripada jumlah itu, hasil keputusan ujian saringan mendapati, 65 orang didapati positif dan telah pun dibawa ke MAEPS untuk pemantauan selanjutnya,” katanya di Facebook, lewat malam tadi.

Menerusi hantaran sama, Mohd Radzi dilihat turut turun padang ke sekolah berkenaan bagi meninjau dan mendapatkan maklumat lanjut tentang perkembangan semasa kes tersebut.

Beliau juga memaklumkan, baki pelajar masih ditempatkan di asrama sementara menunggu ujian saringan COVID-19 dilakukan, manakala golongan yang disahkan sebagai kontak rapat dikuarantin untuk tindakan lanjut.

“Pihak PKD akan melaksanakan saringan ujian kendiri air liur kepada baki pelajar bagi melihat sekiranya masih ada yang positif. Ini merupakan kali pertama sekolah itu kena kes sebanyak ini. Doakan dipermudahkan segala urusan.

“Kementerian Pendidikan (KPM) akan bekerjasama rapat dengan PKD dan pihak sekolah untuk melakukan yang terbaik bagi memastikan anak-anak ini berada dalam keadaan selamat,” katanya.

Terdahulu, tular berita mengenai jangkitan COVID-19 dalam kalangan pelajar sekolah itu hingga menimbulkan kebimbangan ibu bapa.

Ia mendorong mereka mendesak ujian saringan dijalankan pada kadar segera supaya pelajar yang disahkan negatif dibenarkan pulang ke rumah. - Getaran, 2 Disember 2021.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki