web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perarakan Perayaan Tidak Dibenarkan, Termasuk Thaipusam - Halimah Sadique

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 07 Dec 2021 7:17PM

Halimah menjawab soalan pada Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan sempena Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Parlimen hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua perarakan perayaan termasuk perarakan kavadi bagi perayaan Thaipusam yang akan disambut tahun hadapan adalah tidak dibenarkan, kata Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Menurut Menteri Perpaduan Negara itu, ia berikutan jangkitan varian baharu COVID-19 Omicron yang melanda negara ketika ini.

“Dalam permohonan sempena sambutan Thaipusam, perarakan itu tidak dibenarkan (kerana) kita sedang berhadapan dengan varian COVID-19 yang baharu.

“Kementerian juga akan mengadakan sesi libat urus bersama pelbagai pihak berkepentingan mengenai SOP perayaan itu awal bulan nanti,” katanya.

Beliau menyatakan demikian sebagai menjawab soalan tambahan Sivakumar Naidu (PH-Batu Gajah) mengenai SOP sambutan Thaipusam yang akan datang.

Halimah berkata, cadangan SOP bagi perayaan Thaipusam dan Krismas tahun ini dijangka dibentangkan dalam tiga mesyuarat jawatankuasa untuk kelulusan, pertengahan bulan nanti.

Menurut beliau, kementeriannya telah menyediakan prosedur operasi standard (SOP) bagi sambutan perayaan itu yang jatuh pada 18 Januari.

“Semua cadangan SOP itu akan dibawa ke mesyuarat (pelbagai jawatankuasa) berikutnya yang dijangka diadakan dari 13 hingga 15 Disember, untuk mendapatkan kelulusan.

“Wakil-wakil daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) turut hadir dalam sesi libat urus bersama pelbagai pihak berkepentingan mengenai SOP perayaan itu,” jelasnya.

Sivakumar turut bertanya sama ada gerai jualan dibenarkan dibuka di kuil bagi menambah pendapatan peniaga, memandangkan rumah ibadat ini telah ditutup hampir dua tahun.

Halimah berkata, kementeriannya telah mengenal pasti tujuh bidang yang perlu diberi perhatian berhubung perayaan itu, termasuk pembukaan gerai.

“(Gerai jualan) tidak ada masalah, selagi mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan,” ujarnya.

Beliau berkata, SOP untuk sambutan perayaan Krismas juga akan diumumkan tidak lama lagi selepas perbincangan diadakan dengan pihak berkepentingan.

Pada Januari tahun ini, perarakan tahunan pedati Thaipusam di ibu kota dan Pulau Pinang tertakluk kepada SOP yang ketat, melibatkan hanya 10 pengikut. - Getaran, 7 Disember 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Kerajaan Akan Bantu Jawatankuasa Kuil Subramaniar Swamy Dalam Aspek Pembangunan - Gobind

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Wanita Warga Asing Ditahan Cuba Ragut Rantai Leher Pengunjung Kuil Batu Caves

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Zahir Ucapan Selamat Menyambut Thaipusam

4

Semasa 8 bulan yang lalu

PM Ucap Selamat Menyambut Thaipusan Kepada Masyarakat Hindu

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 18 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah