web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tekanan Emosi, Episod Berterusan COVID-19

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2021 8:56AM

Gambar: Engin Akyurt, Unplash.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sewaktu kali pertama dikesan di Wuhan, China pada Disember 2019, tiada siapa menyangka penyakit seakan pneumonia ini akan merebak menjadi wabak yang melumpuhkan sejumlah besar negara utama dunia.

Evolusi virus yang kemudiannya diperakui Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)  sebagai COVID-19 itu bergerak begitu pantas hingga tamadun manusia abad ini terkesima, akan sebegitu dahsyat kesan ditinggalkan.

COVID-19 bukan sekadar pembunuh yang memisahkan ibu daripada anak atau suami daripada isteri, ia sebenarnya adalah pemusnah sejagat dan mengancam setiap aspek kehidupan, malah mewujudkan satu rantaian masalah yang saling berkait.

Krisis emosi yang menjurus kepada kesihatan mental, dikenal pasti sebagai antara isu utama dilahirkan pandemik COVID-19, membabitkan sejumlah besar penduduk dunia tanpa sebarang pengecualian ke atas pangkat, darjat atau kedudukan mereka dalam kalangan masyarakat.

Malaysia turut tidak terlepas dari mendepani permasalahan ini, apatah lagi apabila COVID-19 mula bertapak di seluruh negara sejak setahun lalu.

Lebih parah, tekanan emosi ini tidak hanya membabitkan golongan dewasa, sebaliknya turut berlaku ke atas kanak-kanak yang masih tidak tahu mengurus diri sendiri, apa lagi jika mahu berkongsi perasaan.

Azlina Roszy
Azlina Roszy

Perunding Psikologi Klinikal, Azlina Roszy Mohamad Ghaffar berkata, penutupan sekolah secara tidak langsung menyebabkan perkembangan fizikal, psikologi, sosial, akademik 

dan emosi kanak-kanak terjejas, apabila mereka terpaksa berkurung tanpa sebarang interaksi bersama rakan sebaya.

 “Virus Covid 19 ini berlaku di seluruh dunia, jadi kita tidak boleh menyalahkan pandemik ini. Namun begitu, kesan ‘lockdown’ ini sedikit sebanyak menjejaskan hampir semua aspek perkembangan golongan berkenaan apabila mereka tidak boleh bermain atau berkesempatan bersua rakan-rakan.

"Situasi lebih mencabar menanti kumpulan ibu atau bapa tunggal, apabila satu-satunya peneman yang dimiliki anak terpaksa pula bekerja, menyebabkan mereka terbiar tanpa kawalan, sekali gus menyebabkan emosi terganggu hingga menjejaskan minat untuk belajar," katanya kepada Getaran.

Menurutnya, pembelajaran dalam talian sama sekali tidak dapat menggantikan pembelajaran secara realiti walaupun pada dasarnya ia kelihatan hampir sama.

"Tidak dinafikan suasana di sekolah antara pendorong utama mereka untuk belajar dan kini suasana itu tidak dapat dirasai lagi kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Dalam hal ini, saya mencadangkan agar komuniti setempat membincangkan kemungkinan mewujudkan kelas tambahan dalam kelompok kecil, bagi memastikan anak-anak kekal menikmati suasana pembelajaran seperti di sekolah, tetapi mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan," katanya.

Azlina berkata, kelas secara percuma pula boleh disediakan untuk keluarga yang kurang berkemampuan, agar anak mereka tidak tercicir daripada pelajaran.

Dari sisi lain, Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia, Profesor Dr Nor Zuraida Zainal berkata, tekanan mental dan emosi lebih kerap menimpa wanita, walaupun secara realiti, ketua keluarga adalah pihak yang cenderung berdepan masalah seumpamanya.

“Setiap perubahan yang berlaku dalam kehidupan boleh memberi tekanan hingga menyebabkan individu mengalami kebimbangan dan kemurungan. Adalah perkara biasa untuk mana-mana individu mengalami ketidakstabilan emosi atau kerisauan serta kebimbangan pada tahap sederhana dalam kehidupan harian,” jelas Dr Zuraida kepada Getaran. 

Dalam konteks keselamatan pula jelas Azlina, ibu bapa perlu faham bahawa virus Covid-19 ini bukan sesuatu yang zahir pada pandangan mata kasar, justeru rumah adalah tempat yang paling selamat untuk kanak-kanak.

“Walaupun saya tengok ramai terkesan apabila anak mereka tidak dapat meneruskan persekolahan, tetapi perlu diingat jika anak-anak ini ke sekolah seperti biasa, ia mendedahkan golongan berkenaan kepada bahaya, apatah lagi dalam keadaan kes COVID-19 semakin tinggi."Saya percaya, ibu bapa akan lebih tertekan jika asyik memikirkan keadaan anak mereka di sekolah. Senario ini hanya akan selesai jika kerajaan meluluskan vaksin yang sesuai bagi memutuskan rantaian jangkitan," katanya.

Kenyataan diberikan Dr Nor Zuraida ada benarnya, apabila kajian pakar kesihatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) mendapati krisis kesihatan jiwa dan mental semakin meningkat serentak dengan pertambahan kematian dan penyakit di seluruh dunia.

Ia diburukkan dengan pelaksanaan peraturan kuarantin yang dikuatkuasakan, selain polemik kemiskinan serta kegelisahan akibat pandemik COVID-19.- Getaran, 30 Januari 2021

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Rencana 8 bulan yang lalu

Waspada Gayakan Aksesori, Si Bulus Pun Boleh Stres

3

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Kerajaan Tidak Bercadang Laksana Semula PKP - Dr Dzulkefly

4

Gaya 10 bulan yang lalu

Dr Wan Azizah, Rose Blackpink Bincang Isu Kesihatan Mental Di APEC

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka