web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mayat Bayi Perempuan Ditemui Dalam Tong Sampah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2021 11:21AM

Mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui dalam tong sampah di tempat letak kenderaan bertingkat di flat Bandar Tun Razak, semalam. - Gambar dari Facebook Polis KL

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja pembersihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terkejut, apabila menemui mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat dalam tong sampah, berhampiran tempat letak kenderaan bertingkat di flat Bandar Tun Razak di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner (ACP) Muhammad Idzam Jaafar berkata, pekerja terbabit melaporkan penemuan mengejutkan itu kepada penyelianya, yang kemudian menghubungi pihak polis.  

Menurut beliau, polis menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 5.50 petang semalam.

"Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat bayi berkenaan.

"Mayat bayi malang ini kemudian dihantar ke Bahagian Forensik, Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM), Cheras, untuk bedah siasat," katanya hari ini.

Muhammad Idzam berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut dan tiada sebarang tangkapan dilakukan setakat ini.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dan membuang bayi.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes ini diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di talian 013-2165881 atau hotline Polis KL di talian 03-21460584 atau datang ke balai polis berhampiran," ujarnya - Getaran, 14 Disember 2021.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka