web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Video Gaduh Tular, Polis Kesan Individu Terlibat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2021 8:45PM

Polis sedang mengesan individu yang memukul seorang lelaki di Kondominium Wira Jaya, Setapak. - Gambar dari Facebook Polis KL

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan individu terlibat dalam pergaduhan di Kondominium Wira Jaya, Setapak di sini, seperti yang tular di media sosial.

Video berdurasi dua minit 10 saat itu memaparkan mangsa dipukul dua lelaki, dipercayai berpunca daripada perselisihan faham akibat kerja-kerja pengubahsuaian rumah.

Dua lelaki berkenaan turut dirakam menendang dan menumbuk mangsa yang tidak melawan, sambil memberi amaran kepada dua rakan mangsa agar tidak mencampuri perkara itu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya sedang mengesan video yang dimuat naik oleh seorang pengguna akaun Facebook dikenali sebagai Anas Najib pada Jumaat lalu. 

"Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju telah menjalankan siasatan berhubung video yang tular itu di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

"Kes masih di dalam siasatan pihak polis," katanya hari ini. 

Ashati turut meminta kerjasama orang ramai untuk rampil membantu siasatan, dan menggesa semua pihak berhenti menyebarkan video terbabit.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi IPD Wangsa Maju di talian 03-92899222, hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau balai polis berhampiran," ujarnya. - Getaran, 14 Disember 2021.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 18 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 2 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka