web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Skim Harga Maksimum Dapat Sambutan Baik, Wajar Dilanjutkan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 15 Dec 2021 5:48PM

Orang ramai menyambut baik SHMKM yang dilaksanakan namun mahu ia dilanjutkan, bukan sehingga 31 Disember ini sahaja. - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Orang ramai menyambut baik program Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) yang dilancarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sebagai alternatif bagi menangani isu kenaikan harga barangan harian.

Skim yang dilancarkan pada 7 Disember lalu akan berkuatkuasa hingga 31 Disember ini.

Menurut seorang pemandu, Faizal Hamdi Baharudin, 55, harga berdasarkan skim ini patut ditawarkan oleh semua kedai-kedai runcit serta pasar raya besar.

"Saya rasa skim ini satu usaha yang baik oleh kerajaan bagi menangani isu kenaikan harga barangan keperluan harian dan ianya harus dilanjutkan sehingga harga pasaran stabil.

"Namun, walaupun kerajaan telah melancarkan skim ini secara rasmi, kebanyakan pasar raya besar mahupun kedai runcit masih tidak menawarkan harga yang telah ditetapkan," kata beliau kepada Getaran, ketika ditemui di Lulu Hypermarket di sini.

Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia dilaksanakan berkuatkuasa mulai 7 hingga 31 Disember ini.
Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia dilaksanakan berkuatkuasa mulai 7 hingga 31 Disember ini.
Rata-rata pengguna yang ditemui Getaran menggesa supaya SHMKM dilanjutkan.
Rata-rata pengguna yang ditemui Getaran menggesa supaya SHMKM dilanjutkan.
SHMKM disifatkan sebagai usaha yang baik oleh kerajaan bagi menangani isu kenaikan harga barangan keperluan namun ia harus dilanjutkan sehingga harga pasaran stabil.
SHMKM disifatkan sebagai usaha yang baik oleh kerajaan bagi menangani isu kenaikan harga barangan keperluan namun ia harus dilanjutkan sehingga harga pasaran stabil.

Sementara itu, seorang pekerja swasta Ellya Azliana Eshkak, 38, berkata selain daripada 12 barangan dalam senarai SHMKM, harga barang lain turut boleh dipantau oleh pihak KPDNHEP.

"Contoh seperti sayur kangkung, taugeh dan lain-lain mungkin boleh disenaraikan sebagai barang kawalan skim tersebut.

"Ini kerana, disebabkan hanya 12 barang dikawal harga oleh pihak KPDNHEP, maka harga sayur-sayur yang sebelum ini boleh dibeli dengan harga RM2 kini menjadi lebih mahal," katanya kepada Getaran.

Ellya Azliana Eshkak
Ellya Azliana Eshkak

Ellya turut berkata skim ini harus dilanjutkan sehingga Februari 2022, bagi mengelak kenaikan harga barangan basah semasa musim perayaan.

"Saya rasa skim ini harus ditawarkan sehingga tahun hadapan kerana menjelang Januari depan akan ada perayaan Tahun Baru, serta perayaan Tahun Baru Cina, maka harga barangan sekarang akan naik ikut harga barangan semasa perayaan.

"Jadi, isu itu akan menjadi lagi satu beban kepada kita, lagi-lagi macam saya yang kena tanggung lapan ahli keluarga saya," jelas Ellya.

Kavita
Kavita

Selain itu, seorang suri rumah Kavita, 42 berkata, cara kerajaan mengawal harga barangan keperluan melalui skim seperti ini harus digalakkan.

"Bagi saya program skim ini amat bagus, dan saya sanggup datang ke Lulu Hypermarket ini hanya untuk membeli telur, ayam serta sayur-sayuran yang disenaraikan dalam harga kawalan tersebut.

"Walaupun saya menetap di sekitar kawasan Sungai Besi, saya datang ke sini kerana kebanyakan pasar raya besar lain tidak menawarkan skim harga maksimum ini," katanya.

Tinjauan Getaran mendapati walaupun terdapat pemeriksaan daripada pihak berkuasa, hanya satu per tiga pasar raya besar menawarkan harga barangan keperluan harian berdasarkan SHMKM ini. - Getaran, 15 Disember 2021.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 18 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 4 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka