web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hospital Swasta Sedia Bantu Pemberian Dos Penggalak - Dr Kuljit Singh

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 17 Dec 2021 4:51PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hospital swasta di negara ini bersedia membantu kerajaan mempercepatkan pemberian vaksin penggalak untuk orang ramai bagi memperoleh perlindungan tambahan daripada COVID-19, khususnya varian Omicron.

Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia, Datuk Dr Kuljit Singh berkata, pemberian dos penggalak amat penting susulan peningkatan kemasukan pesakit bagi kategori tiga hingga lima di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Menurut beliau, tidak mustahil boleh berlakunya gelombang baharu jangkitan dan kerajaan harus berhati-hati dengan varian Omicron pada masa ini.

“Jumlah kemasukan tidaklah membimbangkan seperti beberapa bulan lalu namun garis panduan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan maklumat daripada badan antarabangsa mesti dipatuhi.

“Untuk itu, kami akan bekerjasama dengan KKM dan ProtectHealth supaya boleh membantu menyelesaikan proses vaksinasi penggalak dengan apa sahaja sumber yang kami ada di hospital swasta,” katanya hari ini.

Dr Kuljit berkata, terdapat banyak hospital swasta di negara ini yang menyediakan perkhidmatan kepada warganegara dan rakyat luar, dalam mendapatkan dos penggalak berdasarkan janji temu  ditetapkan oleh MySejahtera.

“Terdapat kebimbangan kerana ada yang tidak hadir untuk vaksin penggalak dengan pelbagai sebab.

“Justeru kami menggesa orang ramai untuk mendapatkan dos penggalak mereka di hospital swasta tertentu seperti yang disenaraikan dalam MySejahtera,” katanya.

Jelas beliau, perkhidmatan yang disediakan hospital swasta untuk pemberian dos penggalak adalah percuma dan ia adalah usaha pihak mereka untuk membantu kerajaan.

“Sejak tahun lalu, hospital swasta menyediakan ventilator kepada hospital kerajaan dan mula merawat pesakit COVID-19 selain mengambil bahagian dalam program vaksinasi sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

“Kami akan terus berusaha dan bekerja bersama kerajaan dalam pandemik ini kerana ia banyak memberikan manfaat termasuk kepada pesakit,” katanya. - Getaran, 17 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 8 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 8 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 18 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global