web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dulu Batman, Hari Ini ‘Demon Slayer’ Pula Turun Mengundi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2021 3:13PM

Nikezuandi, yang mengenakan pakaian watak animasi Jepun popular ‘Demon Slayer’, menunjuk jarinya yang telah dicalit dakwat selepas membuang PRN Sarawak di Sekolah Kebangsaan Pulau Melayu, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MIRI - Gelagat seorang lelaki mengenakan kostum watak manga dan animasi popular Jepun ‘Demon Slayer’ ketika mengundi pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12) di Sekolah Kebangsaan Pulau Melayu di sini hari ini telah mencuri perhatian ramai.

Selain berpakaian unik, Nikezuandi Idris, 41, turut datang ke pusat mengundi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau itu dengan mengayuh basikal lama.

Aksi beliau berpakaian demikian dalam keadaan cuaca panas, bukan sahaja mencuri perhatian lensa Bernama dan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), malah pengundi lain juga tidak melepaskan peluang untuk berswafoto dengannya.

Menurutnya pada PRN11 pada 2016 lepas beliau berpakaian adiwira Batman, namun dinasihati oleh petugas SPR supaya menukar pakaian terlebih dahulu sebelum dibenarkan mengundi sebagai menghormati tatacara dan peraturan mengundi.

“Kali ini saya pakai baju Demon Slayer pula ... mujur kali ini lepas (dibenarkan) masuk untuk mengundi, dan saya selesai mengundi pada 11.30 pagi tadi.

“PRN pun macam hari raya, bukan selalu ... kita hanya mengundi lima tahun sekali, jadi saya berpakaian seperti ini untuk memeriahkan suasana,” katanya ketika ditemui Bernama di pusat mengundi itu.

Peminat watak Batman yang kerap membuat persembahan nyanyian bersama kumpulan buskersnya di sekitar Miri itu turut menasihatkan rakyat Sarawak supaya menunaikan tanggungjawab mereka hari ini.

Beliau berkata orang ramai khususnya golongan belia yang layak mengundi perlu menggunakan hak demokratik mereka untuk memilih wakil rakyat untuk menjamin masa depan negeri.

Dalam saingan di DUN Piasau menyaksikan calon Gabungan Parti Sarawak Datuk Sebastian Ting Chiew Yew yang mempertahankan kerusi DUN itu dicabar oleh calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) Teo Jia Jun; Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) Hanim Jaraee; Parti Bumi Kenyalang (PBK) Chung Siew Yen dan Peter Hee Leh Keng daripada DAP.

DUN Piasau mempunyai 21,337 pemilih berdaftar. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Nenggiri: Pengundian Tamat 6 Petang, Penjumlahan Undi Bermula

2

Filem & TV 3 bulan yang lalu

Filem Trilogi Epik Demon Slayer Bakal Ditayangkan Di Pawagam 

3

Politik 3 bulan yang lalu

Pilihan Raya Bukan Tempat Tentukan Akidah Pengundi - Saifuddin Nasution

4

Politik 3 bulan yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia