web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


13,114 Mangsa Banjir Pantai Timur Dipindah, Hujan Tahap Bahaya Diramal Berterusan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 19 Dec 2021 3:00PM

Penduduk Kampung Kubang Rambutan, Rantau Panjang mula membuat persiapan untuk berpindah ke PPS berhampiran setelah rumah mereka dinaiki air hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lebih 13,114 mangsa banjir di Kelantan,Terengganu dan Pahang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara, selepas kawasan kediaman masing-masing dinaiki air susulan hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lepas.

Daripada jumlah itu, 8,970 terletak di Pahang, melibatkan 2,440 keluarga yang dipindahkan ke 152 PPS, setakat jam 11.47 pagi tadi.

Kesemua mereka meliputi lapan daerah iaitu Raub, Lipis, Jerantut, Bentong, Temerloh, Kuantan, Maran, Pekan.

Menurut aplikasi InfoBanjirJKM, Kuantan menempatkan mangsa banjir tertinggi setakat ini iaitu 4,110.

Raub merekodkan mangsa banjir kedua tertinggi iaitu 1,220 diikuti Maran (851),  Bentong (750), Lipis (740), Jerantut (579), Pekan (331), dan Temerloh (306).

Di Kelantan, keadaan banjir bertambah buruk apabila bilangan mangsa mencecah 3,887, melibatkan lima daerah, terdiri dari Gua Musang, Kuala Krai, Jeli, Tanah Merah dan Pasir Mas.

Gua Musang menempatkan mangsa banjir tertinggi setakat ini iaitu seramai 2,543, diikuti Kuala Krai 1,017, Jeli (137), Tanah Merah (92) dan Pasir Mas (94).

Seramai 3,877 mangsa daripada 903 keluarga di negeri itu pula dipindahkan ke 43 PPS yang telah dibuka susulan hujan lebat di negeri itu sejak tiga hari lepas.

Sementara itu, hanya empat PPS sahaja dibuka di Terengganu bagi menempatkan 287 mangsa banjir di daerah Dungun dan Kemaman.

Daripada jumlah itu, jajahan Dungun merekodkan 261 mangsa banjir manakala enam lagi dicatatkan di Kemaman.

Sehingga kini hujan masih melanda di seluruh negara dan penduduk di kawasan rendah diingatkan sentiasa berwaspada dan peka.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan sangat lebat pada tahap bahaya akan berlaku secara berterusan hari ini di beberapa kawasan di ibu negara, Perak, Pahang dan Selangor.

Jabatan itu menerusi kenyataan menyatakan, amaran cuaca yang dikeluarkan pada 1.40 pagi memaklumkan bahawa kawasan yang terlibat di Perak ialah Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Di Pahang, kawasan yang dijangka terlibat ialah Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Kuantan manakala Selangor mencatatkan lapan kawasan iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat serta Hulu Langat.

Sementara itu, hujan lebat berterusan tahap buruk diramal berlaku di Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah; Pahang (Temerloh, Maran dan Pekan); Sepang (Selangor); Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Jelebu (Negeri Sembilan).

MetMalaysia juga mengeluarkan amaran waspada hujan berterusan di seluruh Perlis; Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Sik dan Baling), Perak (Hulu Perak) dan Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai).

Keadaan cuaca sama turut diramal berlaku di seluruh Terengganu, Melaka, Pahang (Bera dan Rompin); Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin) serta Johor (Tangkak, Segamat, Muar dan Batu Pahat. - Getaran, 19 Disember 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

4 Individu Dikaitkan GISBH Direman 3 Hari

2

Semasa 4 hari yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

3

Semasa 6 hari yang lalu

PERHILITAN Kelantan Selamatkan Tapir Jatuh Longkang

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang