web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Buat Aksi Superman Dan Zig-Zag, 5 Samseng Jalanan Antara Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2021 1:28PM

Polis melakukan pemeriksaan dalam sekatan jalan raya sekitar ibu kota, dalam Ops Mabuk Bersepadu Ambang Krismas dan Ops Samseng Jalanan, malam tadi. - Gambar dari Facebook JSPT KL

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keseronokan lima individu mempamerkan aksi-aksi bahaya dan lagak ngeri menunggang motosikal di jalan awam sekitar ibu kota mengundang padah apabila mereka antara 20 individu ditahan dalam Ops Mabuk Bersepadu Ambang Krismas dan Ops Samseng Jalanan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, dalam operasi bermula 8.30 malam semalam itu lima individu yang berusia antara 19 hingga 31 tahun ditahan kerana menunggang dalam keadaan berbahaya sambil melakukan aksi zig-zag, superman dan bersaing antara satu sama lain.

"Secara keseluruhan sebanyak 252 saman telah dikeluarkan di atas pelbagai kesalahan dan 24 buah motosikal telah disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 atas kesalahan mengubah suai struktur kenderaan (ekzos).

"Seramai 14 lelaki yang berusia dalam lingkungan 19 hingga 52 tahun ditahan di bawah Seksyen 45(A) APJ 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun turut ditahan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri motosikal.

"Hasil semakan, suspek mempunyai 3 rekod lampau berkenaan kes kecurian motosikal sejak dari tahun 2015," katanya.

Jelas beliau lagi, seramai 24 Pegawai Kanan dan 97 Pegawai Rendah Polis terlibat dalam operasi Ops Mabuk Bersepadu Ambang Krismas dan Ops Samseng Jalanan semalam.

Katanya, pihak polis menjalankan Ops Mabuk dan Ops Samseng Jalanan di beberapa kawasan di ibu negara antaranya di Jalan Kuching, Jalan Genting Kelang, Jalan Raja Chula, Jalan Duta Kiara dan Jalan Maarof.

"Pihak kami akan mempertingkatkan Operasi Ambang Tahun Baharu 2022 bagi membanteras sepenuhnya aktiviti samseng jalanan serta Operasi mabuk demi menjaga keselamatan pengguna jalan raya.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan ataupun maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S. Lee di talian 03-2071999 atau hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya. - Getaran, 25 Disember 2021.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global