web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tun M Dan Isteri Terima Suntikan Vaksin COVID-19

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2021 6:00PM

Tun Mahathir menerima suntikan vaksin COVID-19. - Gambar dari Twitter JKJAVMY

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LANGKAWI - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali hari ini menerima suntikan vaksin COVID-19, Pfizer-BioNTech di Pusat Pemberian Vaksin COVID-19 Daerah Langkawi di Kompleks Sukan Langkawi.

Dr Mahathir disuntik Penyelia Jururawat Klinik Kesihatan Kuah Rosmini Che Lah manakala Ketua Jururawat Klinik Kesihatan Kuah Siti Hamizah Masdar menyuntik Dr Siti Hasmah.

Bercakap kepada pemberita selepas menerima suntikan vaksin itu, Dr Mahathir yang kini berusia 95 tahun berkata beliau tidak mengalami sebarang kesan sampingan selepas suntikan vaksin berkenaan.

“Suntik vaksin ini tak rasa apa pun, sekejap saja cucuk (suntik) tak sampai satu minit. Tak rasa pening apa pun, saya harap semua rakyat Malaysia terima suntikan vaksin ini kerana kita perlu melawan wabak COVID-19. Vaksin ini dapat memberi perlindungan kepada kita,” katanya.

Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata rakyat negara ini tidak perlu meragui keberkesanan dan keselamatan vaksin itu kerana ia sudah disahkan selamat dan berkesan.

“Saya dengar ada orang kurang yakin dan percaya bahawa suntikan vaksin ini akan menyebabkan penyakit lain, ia tidak benar sama sekali. Kalaulah ada kesan buruk daripada suntikan ini, di Amerika Syarikat sahaja sudah 20 juta orang yang disuntik.

“Kita tak dengar cerita pun ada orang menghadapi masalah setelah disuntik, nak pengsan atau apa-apa termasuk orang tua juga mereka boleh disuntik dalam keadaan yang selesa.

“Vaksin ini sudah ditapis dan berkesan. Saya percaya telah terlindung daripada COVID-19 selepas disuntik dengan vaksin ini, saya berasa lega boleh pergi ke mana-mana dengan selamat,” katanya.

Dr Mahathir menyeru rakyat negara ini mendaftar segera untuk menerima vaksin COVID-19 kerana ia boleh membantu kerajaan mempercepatkan proses pemberian vaksin mengikut fasa sekali gus dapat membendung penularan wabak tersebut.

Sementara itu, Pegawai Kesihatan Daerah Langkawi Dr Mansor Ismail berkata Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah telah mendapatkan pemeriksaan kesihatan daripada doktor peribadi masing-masing sebelum menerima suntikan vaksin tersebut. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 5 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 5 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 5 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Agong Berkenan Persembah Warkah Persilaan Istiadat Pertabalan Kepada Sultan Brunei

Semasa 4 jam yang lalu

Proses Tebang 90 Pokok Berisiko Sekitar KL Dijangka Selesai Awal Julai

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Semasa 13 minit yang lalu

2 Lelaki Ditembak Mati Dipercayai Dalam Perjalanan Lakukan Jenayah

Semasa 1 hari yang lalu

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan