web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rina Dikecam Bermain 'Wayang', Cuci PPS Bukan Rumah Mangsa

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 26 Dec 2021 5:31PM

Video Rina membersihkan longkang menggunakan 'water jet' di sebuah PPS tular di media sosial. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Belum habis dikritik netizen kerana tindakannya yang melawat kawasan banjir memakai kasut tinggi, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun sekali lagi menjadi topik hangat di media sosial, hari ini.

Ini dibuktikan apabila ketika orang ramai bertungkus lumus membantu membersihkan rumah mangsa banjir, kelibat Rina dilihat pergi mencuci kawasan persekitaran sebuah PPS yang kini menjadi bahan jenaka warga maya. 

Apa yang memalukan, menerusi video yang tular di Twitter, Ketua Srikandi BERSATU itu seolah-olah memperbodohkan diri kerana mencuci menggunakan 'water jet' di kawasan PPS yang langsung tidak terjejas dengan banjir.

Rata-rata netizen menyatakan tindakan Ahli Parlimen Titiwangsa itu hanya sekadar wayang yang mencari publisiti di hadapan media, kononnya beliau turut sama membersihkan kawasan banjir. 

"Rina, Kau cuci apa tu h***t, di situ lumpur semua orang dah bersihkan apa lagi yang kau buat? Elok ambil water jet tu sembur otak kau," soal dylawok. 

"Rina ini kalau dibandingkan dengan banjir lumpur, kebodohan dia lagi pekat," kata pula Rahmah Ghazali. 

"Tak malu ke buat begini, terang lagi bersuluh tempat itu dah bersih. Kau sembur apa? Kuman yang tak nampak? Terpaling show off dia yang membantu," ujar pula nanims di Twitter. 

Dalam pada itu, terdapat juga warga maya memaklumkan bahawa tindakan Rina membuktikan ketidakmatangan Jemaah Menteri dalam bertindak membantu mereka yang terkesan disebabkan bencana.

" Lepas tengok aksi ini, dah boleh bayang macamana mereka bincang dalam mesyuarat kabinet atau mesyuarat kementerian," soal Amir Khusyairi. 

"Kalau beginilah sikap Rina, patutlah bantuan selamatkan mangsa lambat, bantuan segera pun tak sampai sehingga kini. Memang habis jahanam hidup rakyat kalau ada menteri bodoh begini," tegas Rahim Shah. 

Malah, ada di kalangan netizen berterima kasih kepada perakam video kerana berjaya membuktikan kebodohan ditunjukkan oleh menteri yang bersikap hanya mahukan populariti.

"Siapa yang rekod video ni aku harap dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. Sebab kalau dia tak rekod ni, kita tak tahu yang Rina ni hari tu bukan pembedahan buang perut tapi buang otak sebenarnya," kata macaister dengan sinis. 

"Terbaik siapa yang rekod video ini. Kita sebagai netizen perlu sebarkan kerana tak patut pun ada menteri yang bersikap wayang sebegini," luah Hanim Ahmad di Twitter. 

Sebelum ini, Rina juga dikecam kerana ‘sempat’ mengadakan upacara perasmian Majlis Bantuan Banjir Keluarga Malaysia di sebuah hotel, baru-baru ini dan bukannya mengagihkan bantuan dengan kadar segera. 

Rata-rata netizen kecewa dengan tindakan beliau yang seolah-olah tidak mempunyai perasaan empati dan sensitif terhadap semua mangsa. - Getaran, 26 Disember 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Bomba Selamatkan 2 Warga Bangladesh Terperangkap Atas Bumbung Kerana Banjir

2

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Puluhan Kereta Ditenggelami Air Akibat Banjir Kilat Di Penampang

3

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Alahai Kasihannya Kakak Ni, Menangis Takut Banjir

4

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Aksi Tesla Model Y Redah Banjir Di Dubai

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 45 minit yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 14 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 22 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka