web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Skuad Bantuan Kilat SSM Ringankan Beban Mangsa Banjir

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Dec 2021 1:23PM

Skuad Bantuan Kilat SSM bergambar selepas melaksanakan kerja-kerja pembersihan di lokasi terkesan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menubuhkan Skuad Bantuan Kilat SSM sebagai inisiatif membantu dan meringankan bebanan warga kerja SSM yang terjejas akibat banjir.

Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Nor Azimah Abdul Aziz berkata, skuad tersebut terdiri daripada 162 sukarelawan, meliputi warga kerja SSM.

“Usaha ini turut disertai penduduk setempat yang sama-sama membantu Skuad Bantuan Kilat SSM dalam melaksanakan kerja-kerja pembersihan.

“Pergerakan skuad terbabit melibatkan 12 skuad ke lokasi bantuan yang telah dikenal pasti seperti Bentong, Bangi, Shah Alam, Kajang, Sepang dan Hulu Langat,” katanya hari ini.

Nor Azimah berkata, skuad berkenaan digerakkan secara berperingkat mulai 21 Disember lalu, bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan di lokasi terkesan.

“Bagi melicinkan proses pembersihan, beberapa peralatan khas seperti water jet telah digunakan, untuk memastikan tugasan tersebut dapat dilaksanakan dengan lebih efektif,” katanya.

Beliau menarik perhatian, skuad yang turun membantu mangsa banjir telah diberikan taklimat terlebih dahulu, dalam memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi sepanjang masa bagi mengekang penularan COVID-19.

“Pihak SSM berharap kerja-kerja sukarelawan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban yang dihadapi oleh semua mangsa banjir.

“Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan SSM di talian 03-77214000 atau e-mel kepada enquiry@ssm.com.my,” katanya. - Getaran, 27 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Bomba Selamatkan 2 Warga Bangladesh Terperangkap Atas Bumbung Kerana Banjir

2

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Puluhan Kereta Ditenggelami Air Akibat Banjir Kilat Di Penampang

3

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Alahai Kasihannya Kakak Ni, Menangis Takut Banjir

4

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Aksi Tesla Model Y Redah Banjir Di Dubai

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 2 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 18 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah